Sunday, 18 September 2016

Keputusan Serpihan #MH370 Mengambil Masa - Liow Tiong Lai #MCA

Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Pengangkutan berkata serpihan yang ditemui masing-masing di Afrika Selatan, Mozambique, Mauritius dan Tanzania berkemungkinan ia daripada pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang hilang, dijangka diketahui dalam tempoh kurang tiga bulan.


"Kita yakin sedikit masa lagi akan dapat jumpa.. contohnya satu lagi serpihan yang turut ditemui di Tanzania mengambil masa dua bulan setengah untuk memastikan ia daripada pesawat berkenaan," katanya 

Penerbangan MH370 ini hilang pada 8 Mac 2014, semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing membawa 239 penumpang dan anak kapal.

Pada Jumaat lalu, Liow juga memaklumkan hampir sejumlah 22 serpihan ditemukan setakat ini di Afrika Selatan, Mozambique, Mauritius dan Tanzania, yang mana dua serpihan itu telah disahkan manakala empat lagi hampir pasti daripada pesawat Malaysia MH370 manakala serpihan yang selebihnya sukar dikenal pasti kerana tiada nombor siri atau butiran lain yang dapat membantu proses pengecaman.

Liow berkata pencarian bangai pesawat MH370 berbaki kawasan pencarian seluas 10,000 km persegi dijangka selesai pada penghujung tahun ini. Sehingga hari ini, misi pencarian pesawat itu telah meliputi kawasan seluas 110,000 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi, di luar pantai barat Australia.

Antara serpihan yang disahkan adalah sebuah flaperon (bahagian sayap) yang ditemukan di Pulau Reunion Julai tahun lepas dan kepingan sayap di Pulau Pemba, di perairan Tanzania pada Jun tahun ini.

Fizikal flaperon MH370
Semoga detik pencarian ini berakhir dengan kejayaan, seluruh rakyat Malaysia mendoakan agar ada berita baik dari segenap usaha yang pihak berkuasa lakukan. Elakkan membuat spekulasi dan hanya menggunakan sumber berita tidak berasas dalam kes MH370 meskipun ia logik akan tetapi setiap kejadian ada sebab dan musababnya yang tersendiri. 
Keputusan Serpihan #MH370 Mengambil Masa - Liow Tiong Lai #MCA Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 18 September 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!