Thursday, 15 September 2016

Guna Audit Bebas Dalam Siasatan Insiden LRT Kelana Jaya #SPAD #Prasarana

PRASANA DIGESA TINGKATKAN KEBOLEHPERCAYAAN PERKHIDMATAN LRT- SPAD

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menggesa PRASANA untuk meningkatkan mutu perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya bagi menjamin kepuasan pengguna. Dalam pada itu, Prasana Malaysia Berhad akan melaksanakan beberapa langkah untuk menjamin kualiti perkhidmatan LRT berikutan gangguan perkhidmatan. 

Sehubungan itu, SPAD telah memulakan kertas siasatan terhadap kejadian di LRT laluan Kelana Jaya minggu lalu. Prasana juga telah diarahkan bagi menyerahkan siasatan awal kepada Suruhanjaya pada 21 September 2016. 

Bagi memudahkan proses siasatan, juruaudit teknikal bebas perlu dilantik segera bagi menilai aspek kebolehpercayaan, ketersediaan, penyelenggaraan, keselamatan dan keupayaan operasi LRT laluan Kelana Jaya, dan ini dijangka memakan masa selama tiga bulan. Ini melibatkan proses-proses semakan semula dan peningkatan penyelenggaraan aset bagi mencapai tahap kebolehpercayaan perkhidmatan yang lebih tinggi.

Penekanan haruslah diberikan terhadap usaha untuk mengenal pasti masalah dan melakukan penyelenggaraan terhadap pencegahan kepada gangguan bekalan elektrik LRT serta tren bagi mengelakkan gangguan pada masa akan datang. Prasana juga diarahkan untuk melakukan pemulihan segera disamping mengerahkan usaha dan sumber semaksimum mungkin untuk menaik taraf 15 pencawang kuasa di sepanjang laluan Kelana Jaya.

Jangkaan gerak kerja tersebut akan mengambil masa selama tiga hingga enam bulan untuk disiapkan mengikut tarikh pelaksanaan. Hal ini bagi memastikan bekalan kuasa elektrik kepada Laluan Kelana Jaya mencukupi untuk menampung penyokong yang saban hari semakin meningkat. Namun usaha yang dilakukan ini juga bagi memanjangkan lagi jangka hayat perkhidmatan.

Melalui pemantauan oleh SPAD, PRASANA akan sentiasa melakukan semakan dan sentiasa meningkatkan Tatacara Prosedur Standard (SOP) bagi Pelan Keselamatan dan Pemindahan penumpang. Tindakan ini dilakukan bagi memperkemaskan lagi proses tindakan kecemasan pengendali dan proses komunikasi serta barisan hadapan yang sentiasa bersiap siaga untuk memenuhi keperluan pengguna kelak.

Sebagai langkah permulaan, SPAD telah mengarahkan PRASARANA untuk menghentikan operasi tren sepanjang landasan yang mengalami gangguan ketika proses pemindahan penumpang sedang dijalankan.

Suruhanjaya akan berusaha untuk meningkatkan keupayaan dan keselamatan sistem LRT untuk keselesaan pengguna. Hal ini kerana, SPAD mengakui bahawa rangkaian rel merupakan tulang belakang kepada pengangkutan awam darat kita.



Guna Audit Bebas Dalam Siasatan Insiden LRT Kelana Jaya #SPAD #Prasarana Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 15 September 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!