Friday, 5 August 2016

Pesawat #MH370 Bukan Dijunamkan - Liow Tiong Lai #MCA

Datuk Seri Liow Tiong Lai merangkap Menteri Pengangkutan Malaysia menafikan dakwaan khabar angin berkenaan insiden #MH370 kononnya Allayarham Kapten Zaharie (Juruterbang) sengaja menjunamkan pesawat Malaysia Airlines MH370 secara tidak langsung kredibiliti dan pengalaman Kapten Zaharie tidak boleh dipelekehkan oleh spekulasi dan tuduhan yang tidak berasas


Liow Tiong Lai menafikan penemuan simulator dirumah Kapten Zaharie tidak boleh dijadikan bukti kononnya Zaharie sengaja membuat sabotaj terhadap Malaysia Airlines (MAS)

Tidak dinafikan di dalam laporan/log simulator tersebut adanya rekod laluan ke lautan hindi tetapi ia hanya satu daripada antara beribu laluan (trafik udara) yang dicatatkan dalam rekod simulator berkenaan. Spekulasi dan tuduhan membabi buta tersebut sengaja diadakan dengan niat mahu menjatuhkan imej kapten MAS yang berpengalaman itu..

Hasil kajian (teori) yang dikeluarkan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) turut menafikan dakwaan yang tersebar cepat baru-baru ini yang mendakwa kapal tersebut menjunam ke laut dalam keadaan dikawal (dipandu). Tetapi teori ATSB jelas menyatakan pesawat kejadian itu belaku dalam 'keadaan tidak dikawal ketika mendarat di air'.

Sehingga hari ini, misi pencarian telah meliputi sejauh 120,000 KM persegi yang mana dijangka selesai pada hujung tahun ini. Lebih 2 tahun bangaki pesawat malang ini hilang namun tiada tanda-tanda besar yang memungkinkan ia ditemui semula.


Malaysia mahu flaperon (bahagian kecil sayap) yang ditemui di Kepulauan Reunion dikembalikan kepada Malaysia untuk simpanan dan kajian. Pada akhir bulan lalu, pencarian MH370 dihentikan sementara sehingga ada arahan yang menjadi keperluan untuk misi pencarian dimulakan kembali.


Semoga pencarian ini bakal menemui kejayaan, admin bersimpati dengan ahli keluarga mangsa, elakkan membuat andaian yang tidak baik.
Pesawat #MH370 Bukan Dijunamkan - Liow Tiong Lai #MCA Daeng Selili Rating: 5 Friday, 5 August 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!