Tuesday, 9 August 2016

Parti Pribumi Bersatu Malaysia [BERSATU]

Tepat jam 4 petang tadi, sahlah pendaftaran sebuah lagi parti baru yang berteraskan kaum Melayu. Dengan sahnya pendaftaran parti yang diberinama Pertubuhan Pribumi Bersatu Malaysia ini, maka lengkaplah sebuah episod penentangan dari bangsa dan kaum Melayu itu sendiri terhadap ketuanan Melayu yang cukup lama diperkatakan oleh pembangkang.

Memperkatakan tentang tertubuhnya parti baru ini, pihak yang sebenar memperoleh kemenangan adalah dikalangan penyokong setia kerajaan yang ada pada hari ini serta hampir keseluruhan rakyat Malaysia secara amnya.


Manakan tidak, dengan tertubuhnya parti ini maka ianya menzahirkan harapan ramai pihak yang mahu melihat keberanian Tun Dr Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yasin mengotakan janji mereka untuk menyeragamkan serangan mereka terhadap kerajaan menerusi sebuah parti baru.

Tambahan pula, kedua-dua individu ini dilihat mempunyai persamaan masing-masing iaitu terlalu kedekut untuk mengeluarkan belanja demi mahu mencapai apa jua yang dihajatkan oleh mereka. Lihat sahaja Tun M yang seboleh-bolehnya enggan mengeluarkan belanja untuk menubuhkan parti baru.

Beliau lebih selesa menumpang parti yang sudah berjaya ditubuhkan seperti Parti Amanah Negara (PAN), PKR mahupun DAP. Dengan tertubuhnya parti ini, secara tidak langsung desakan ramai pihak yang menyuruh mereka berdua menubuhkan sebuah parti baru akhirnya terlaksana. Lebih dari itu, mereka terpaksa mengeluarkan belanja yang banyak hasil daripada desakan ramai pihak.



Walaupun selepas ini mereka boleh bermegah dengan mengatakan ini merupakan hasil daripada kemahuan rakyat Malaysia, percayalah, mereka pasti mahu mendapat hasil segera diatas setiap sen yang mereka laburkan terhadap parti baru ini.

Namun, andai parti baru ini gagal mencapai hasrat untuk mengumpul lebih 6 juta ahli selepas penubuhannya, kita akan dapat melihat pergolakan yang akan timbul hasil perasaan syak wasangka sesama mereka. Tidak mustahil, hayat parti ini sama dengan jangka hayat satu lagi parti yang diasaskan dari perasaan dendam, Semangat 46. - sumber
Parti Pribumi Bersatu Malaysia [BERSATU] Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 9 August 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!