Monday, 22 August 2016

#MCA Sudah Memuktamadkan Calonnya Untuk PRU14!

Antara langkah awal yang diambil oleh pucuk pimpinan Malaysian Chinese Association (MCA) dalam menawan kembali kerusi yang terlepas pada pilihan raya umum yang lalu antaranya adalah memuktamadkan calon bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 yang bakal berlangsung kurang dari dua tahun dari sekarang.


Menurut presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai, beliau akan mengadakan pertemuan dengan semua Menteri Besar dan Ketua Menteri untuk berbincang tentang calon yang dipilih itu.

"Kriteria bagi pemilihan calon kami bukan sahaja berlandaskan keputusan parti, tetapi juga seseorang calon itu mestilah disukai ramai dan boleh menang. MCA perlu mendapatkan kembali sokongan kaum Cina dan di Negeri Sembilan, kami sudah mengenal pasti kesemua 10 kerusi berkenaan.

"Kami membahagikannya kepada beberapa kategori dan melipatgandakan fokus untuk memenangi kembali kerusi itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bilik Gerakan MCA Chennah di Titi, dekat sini semalam.

Liow memberitahu, MCA juga memohon untuk mendapatkan kembali tiga kerusi parlimen dari The United Malays National Organisation (UMNO) iaitu di Kuantan, Gelang Patah dan Wangsa Maju bagi persaingan pada PRU14 kelak.

"Kami meminjamkan tiga kerusi parlimen itu kepada Umno dan kami akan mendapatkannya balik serta yakin Umno akan bantu MCA untuk mendapatkan sokongan pengundi Melayu.

"Bagi MCA, kami sudah bersedia, malah persiapan telah dibuat sejak awal lagi. Seperti di Pulau Pinang, sekiranya mereka ingin mengadakan pilihan raya awal, kami sudah bersedia," katanya sambil menjelaskan bahawa calon parti itu terdiri daripada barisan kepimpinan baharu dan lama.

MCA sentiasa berkerja keras untuk mendapatkan kembali sokongan kaum Cina kepada Barisan Nasional dan agar dapat melaksanakan agenda membantu dan berkhidmat kepada rakyat Malaysia. 

"Di Chennah, walaupun kami kalah pada PRU lepas, kami tidak akan berputus asa dan akan terus berkhidmat kepada rakyat.

Kami juga membawa pulang banyak anggota MCA untuk memastikan mereka menjadi pengundi di sini dan cuba merekrut lebih banyak anggota baharu," kata beliau.

Inilah satu langkah yang amat baik bagi Barisan Nasional dalam kesiapsiagaan menghadapi gelombang PRU14 diketika barisan pembangkang masih berkonflik sesama sendiri antaranya skandal rasuah terbesar yang melibatkan Setiausaha Agung DAP secara jelas mengikis kepercayaan orang Cina kononnya DAP bebas daripada rasuah dan telus dalam kepimpinan mereka.

Tindakkan MCA ini wajar dicontohi oleh parti komponen yang lain didalam Barisan Nasional agar tidak terpesong dengan terlalu banyak melayani isu dan spekulasi sepanjang masa yang secara terang terangan ianya banyak dari rekaan pembangkang.


#MCA Sudah Memuktamadkan Calonnya Untuk PRU14! Daeng Selili Rating: 5 Monday, 22 August 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!