Friday, 5 August 2016

Mahathir Sendiri Berhutang Dengan UMNO - Salleh Keruak

Ahli Umno perlu celik dan bijak menilai motif penubuhan parti baru dipelopori bekas pemimpin UMNO terdahulu, Tun Dr Mahathir Mohamad semoga ahli UMNO sentiasa bersedia dan berusaha agar tidak terpengaruh untuk menyertai mereka.

Datuk Seri Salleh Keruak berpendapat parti 'megi segera' ini sedang menggoda ahli UMNO diperingkat bahagian dan cawangan dengan dakwaan dakwaan lemah bercampur fitnah dan saling tidak tumpah seperti apa yang dilakukan oleh parti Keadilan Rakyat (PKR) dibawah pimpinan DS Anwar Ibrahim.

"Kita kena tengok apa motif mereka, mereka dahulu bersama kita (Umno) dan kita tengok apa yang mereka ucapkan ketika dalam parti kita...apabila keluar parti, apa yang mereka katakan sekarang.

"Tun Mahathir sendiri menjadi Perdana Menteri kerana Umno dan terhutang budi dengan Umno, sekarang beliau bercerita benda yang salah yang dia kata Umno harus disingkir hanya kerana beliau tidak bersetuju dengan Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan pergerakan Wanita Umno Bahagian Baling, Kedah, hari ini.

Turut hadir pada mesyuarat ini Ketua Umno bahagian Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan Ketua Wanita bahagian Datuk Dr Mashitah Ibrahim.



Mahathir Sendiri Berhutang Dengan UMNO - Salleh Keruak Daeng Selili Rating: 5 Friday, 5 August 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!