Tuesday, 9 August 2016

Kakitangan Google Mati Dibakar?!

MASSACHUSETTS . Seorang kakitangan Google dari New York yang dilaporkan hilang ketika keluar berjoging pada waktu petang semasa melawat ibunya di Massachusetts ditemui mati dibunuh di kawasan hutan berhampiran.


Peguam Daerah Worcester, Joseph Early Jr. berkata, gadis berusia 27 tahun, Vanessa Marcotte dilaporkan hilang selepas didapati tidak kembali dari berjoging sekitar jam 1 tengah hari hingga 4 petang.

Pasukan penyiasat dilokasi
Mayat mangsa ditemui sekitar jam 8.20 malam hari Ahad lalu oleh sepasukan unit polis K9 berhampiran Brooks Station Road kira-kira setengah batu dari lokasi rumah ibunya.

Sumber memaklumkan kepada Fox25 di Boston bahawa penyiasat kini sedang menyiasat dan memeriksa kemungkinan Marcotte telah diserang secara seksual dan dibakar berdasarkan kesan luka pada tangan, kepala dan kakinya.

Gamabr beliau bersama ibunya

Buat masa ini, pihak berkuasa tidak mengesahkan punca insiden berkenaan namun kematian Marcotte dilihat sebagai satu kejadian pembunuhan. Difahamkan, operasi bedah siasat telah dijadualkan dalam masa terdekat bagi mengenal pasti punca kematian mangsa.

“Kami mempunyai satu set fakta menunjukkan sesuatu yang dahsyat telah berlaku kepada mangsa,” kata Early kepada pemberita ketika sidang akhbar sebelum ini.

Beliau berkata, buat masa ini pihaknya tidak mempunyai maklumat jelas sama ada pembunuhan Marcotte tersebut disebabkan perbuatan rawak keganasan dan semua penduduk digesa untuk sentiasa berwaspada.

Majikan Marcotte, Google turut mengeluarkan kenyataan berikutan daripada peristiwa ngeri yang menimpa mangsa itu.



“Vanessa Marcotte adalah seorang pekerja disayangi pasukan Google, dia bekerja di pejabat kami di New York sejak setahun setengah lalu dan terkenal dengan senyuman serta semangat sukarelawan untuk kerja,” kata kenyataan tersebut.

Kawasan luar bandar di Princeton mempunyai kirakira 3,500 orang penduduk dan ia terletak 40 batu dari arah barat Boston.

Selain itu, menurut akaun LinkedIn Marcotte, graduan Universiti Boston itu telah bekerja sebagai pengurus akaun di Google New York selama hampir dua tahun. - Daily Mail
Kakitangan Google Mati Dibakar?! Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 9 August 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!