Wednesday, 3 August 2016

129 Penumpang Kandas 6 Jam Kerana ‘ada bom kot’?!

03 Ogos 2016 : Penerbangan sebuah pesawat AirAsia yang dijadual berlepas ke Banda Aceh pada jam 7.45 pagi tadi dari Lapangan Terbang Antarabangsa 2 (klia2) di Sepang, terpaksa ditangguhkan selepas menerima ancaman bom.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali, berkata pihaknya menerima laporan kejadian dalam pesawat membawa 129 penumpang dan anak kapal itu pada jam 8.35 pagi daripada seorang pengadu.

“Ketika hendak berlepas, pramugara bertugas terdengar perkataan ‘bom’ disebut oleh seorang penumpang lalu membuat laporan. Pesawat kemudian dibawa ke ruang khas untuk pemeriksaan oleh unit bom.

“Pemeriksaan sepenuhnya, termasuk bagasi penumpang dan kru tidak menemui sebarang objek, bungkusan atau kotak disyaki mempunyai bom.

“Penumpang itu hanya sebutan perkataan ‘ada bom kot’, tiada sebarang unsur yang mengancam keselamatan.

“Penumpang berkenaan bagaimanapun dibawa ke Balai Polis klia2 untuk tindakan lanjut sebelum pesawat dibenarkan beroperasi dan diserahkan kepada pihak AirAsia,” katanya.

Beliau turut mengingatkan penumpang supaya tidak sewenang-wenangnya bergurau menyebut perkataan yang berupa ancaman di lapangan terbang atau dalam pesawat kerana boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Pesawat berkenaan berlepas ke Banda Aceh pada jam 1.30 tengah hari tadi. - sumber


Perlu buat kelas pemahaman menaiki kenderaan, pertama jangan celupar dan banyakkan berdoa. Kadang kala kita tidak boleh salahkan penumpang maklumlah bukan semua orang biasa naik kapalterbang. Tidak sengaja boleh dimaafkan, Kecuali bodoh sombong memang tak boleh dimaafkan!
129 Penumpang Kandas 6 Jam Kerana ‘ada bom kot’?! Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 3 August 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!