Tuesday, 26 July 2016

TEKS1M gagal jadi ikon negara?! #SPAD #TEKS1M

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ingin merujuk kepada laporan media di dalam Berita Harian yang bertajuk ‘TEKS1M gagal jadi ikon negara,’ pada 20 Julai 2016. 

SPAD ingin menegaskan adalah tidak adil dan tidak tepat sama sekali untuk menghukum bahawa inisiatif TEKS1M telah gagal, sedangkan ia masih di peringkat awal dan masih berjalan mengikut fasa-fasa pelaksanaan.


Memandangkan terdapat sekitar 86,000 teksi daripada pelbagai kelas lesen di Malaysia, perubahan yang perlu dilaksanakan tidak boleh dilakukan dalam sekelip mata. 

Kita perlu berhadapan dengan pelbagai cabaran yang merangkumi permasalahan struktur, budaya dan warisan yang rumit serta isu-isu semasa seperti perkhidmatan ‘e-hailing’.

Teksi 1 Malaysia (TEKS1M) merupakan penjenamaan semula teksi bermeter bagi mengubah dan menaikkan taraf perkhidmatan supaya lebih bermutu, efisien dan selesa.

Pada peringkat permulaan, Kerajaan telah memutuskan untuk menggunakan satu model kenderaan sahaja iaitu Proton Exora, sepertimana yang dilaksanakan di London. Pada ketika ini, sekitar 2,000 teksi telah berhijrah kepada kenderaan TEKS1M. 

Di dalam proses migrasi kepada TEKS1M, terdapat permasalahan di mana pengusaha individu dan pengendali mengadu bahawa tidak mampu menukar kenderaan kerana faktor kos pembelian, penyelenggaraan dan masalah-masalah teknikal lain yang dihadapi.

Walaubagaimanapun, sebagai agensi yang peka dan prihatin kepada maklum balas daripada pelbagai pihak dan bagi memudahkan migrasi kepada TEKS1M, SPAD akan membuka model-model kenderaan lain untuk dijadikan TEKS1M di bawah program transformasi teksi yang akan diumumkan tidak lama lagi setelah mendapat kelulusan Kabinet.

Di dalam isu berkaitan tambang TEKS1M pula, kadar 'flagfall' dan jarak/masa yang ditetapkan adalah untuk menggalakkan perubahan kepada kenderaan dan perkhidmatan yang lebih baik untuk pengguna.

SPAD dengan itu berharap, pihak media yang sering membantu di dalam proses
transformasi industri teksi, agar memberikan peluang kepada Suruhanjaya untuk menguar-uarkan kepada pengguna fakta sebenar berkaitan inisiatif TEKS1M. - http://www.spad.gov.my/

Daripada Dua (2) points yang dibesarkan diatas ternyata pihak SPAD sedang mengkaji dan mengambil kira faktor yang memberi impak besar kepada para pemandu teksi, bukan hanya mahu sistem pengangkutan di tambahbaik sahaja malahan kebajikan para pengusaha ini perlu diambil kira.

Mengkritik tanpa memberikan solution terutama dari pihak pihak tertentu bukanlah satu tindakkan bijak. terutama hanya mendengar dari sebelah pihak sahaja. Sepatutnya pihak tersebut bertanya dan sama sama memikirkan jalan terbaik dalam menyuarakan pandangan.

Pernahkah mereka berfikir tentang kebajikan para pemandu ini atau hanya tahu mengkritik tetapi tidak saling sama menyelesaikan. Walaubagaimanapun TEKS1M adalah salah satu tranformasi kepada sistem pengangkutan awam yang wajar diteruskan demi keselesaan dan kemudahan para pengguna pada masa akan datang.
TEKS1M gagal jadi ikon negara?! #SPAD #TEKS1M Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 26 July 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!