Tuesday, 12 July 2016

SPAD Siasat insiden Kemalangan Bas Menora. #SPAD


Viral insiden kemalangan bas yang merempuh sembilan lagi kenderaan di Kilometer 265.8 Lebuhraya PLUS arah selatan selepas Terowong Menora (Kuala Kangsar – Ipoh Utara) pada hari Ahad, 10 Julai lalu.

"Bas ekspres itu yang dalam perjalanan ke selatan dan membawa 28 penumpang, dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh 10 kereta di depannya.

Dalam kejadian kira-kira 3 petang itu, bas ekspres yang dipercayai hilang kawalan, merempuh 10 kereta yang berada di laluan yang sama.


Komander Lebuh Raya Zon Utara Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Asisten Superintendan Hazil Reza Mohd Ghazali mengesahkan, kemalangan itu mengakibatkan dua mangsa dalam kereta pertama dirempuh, mengalami kecederaan.




KENYATAAN MEDIA

SPAD AKAN MENGAMBIL TINDAKAN TEGAS TERHADAP PENGUSAHA BAS SEKIRANYA MELANGGAR PERATURAN KESELAMATAN

11 JULAI 2016, KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tidak akan bertolak ansur untuk mengambil tindakan terhadap pengendali bas ekspres yang terlibat dalam kemalangan di Km265.8 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Terowong Menora pada jam 2.45 petang semalam.

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) telah memulakan siasatan kemalangan dan SPAD sedang memberi kerjasama yang diperlukan. Siasatan insiden ini akan merangkumi semua aspek keselamatan termasuk kejuruteraan jalan raya serta pengurusan keselamatan, dan pengurusan kenderaan dan pemandu.

"Keselamatan pengguna merupakan prioriti utama bagi SPAD dan Suruhanjaya akan mengambil tindakan yang tegas terhadap pengusaha bas yang melanggar syarat-syarat keselamatan," kata Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Azharuddin Mat Sah.

"Tindakan ini termasuk penggantungan dan pembatalan lesen pengendali," katanya.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Radha Warrier
Pengurus, Komunikasi
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat

Tel: +603 2726 7000/Faks: +607 2726 7300


SPAD Siasat insiden Kemalangan Bas Menora. #SPAD Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 12 July 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!