Wednesday, 13 July 2016

#SPAD Mula Gantung Lesen Serta 26 Permit Syarikat Terlibat Kemalangan Bas Langgar 10 Buah Kereta!

Pada 11 Julai lepas seorang lelaki pemandu bas ekspres yang berusia 51 tahun yang terlibat dalam insiden kemalangan membabitkan 10 kenderaan lain di Kilometer 265.8 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran terowong Menora, petang semalam, direman empat hari bagi membantu siasatan pihak berkuasa. 

Perintah ini dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Ipoh, Ng Geok Neei. Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang 10 Julai, seorang wanita berusia 21 tahun yang juga penumpang hadapan sebuah kenderaan yang terbabit kemalangan itu cedera ringan pada bahagian perut. Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana dipercayai memandu secara melulu atau dengan kelajuan atau dengan cara yang mendatangkan bahaya kepada orang awam. 

Sementara itu, jurucakap PLUS memaklumkan kemalangan pada hari itu menyebabkan kesesakan trafik sepanjang 11 kilometer di lebuh raya itu. 

Ini menyukarkan pengguna lebuhraya pada hari tersebut dan perjalanan memakan lebih masa ditambah pula dengan jumlah kenderaan yang sangat padat diwaktu puncak lantaran ramai penduduk kota mula pulang selepas selesai cuti Hari Raya Aidilfitri.

Hari ini, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah memulakan proses penggantungan lesen serta 26 permit bas yang dipegang oleh Qistna Express Sdn. Bhd. sehubungan dengan kemalangan yang melibatkan bas syarikat tersebut.

Tindakkan ini wajar dalam keadaan ini agar ia memberi teladan kepada pihak penyedia perkhidmatan pengangkutan di negara ini agar patuh kepada undang undang yang telah ditetapkan

Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Azharuddin Mat Sah berkata pihak Suruhanjaya telah memulakan tindakan itu akibat pelanggaran syarat-syarat keselamatan mandatori berdasarkan laporan audit SPAD terhadap syarikat tersebut bertarikh 12 Julai 2016. Tindakan ini diambil sementara menunggu hasil siasatan dari Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) yang sedang dijalankan.

SPAD ingin sekali lagi menegaskan bahawa Suruhanjaya memandang serius pematuhan keselamatan mandatori oleh pengusaha bas ekspres. Suruhanjaya percaya bahawa tindakan terhadap Qistna Express akan menjadi peringatan tegas kepada pengendali bas ekspres untuk memastikan bahawa mereka mematuhi Kod Amalan Industri (ICOP) SPAD pada setiap masa bagi mengutamakan keselamatan pengguna.

SPAD ingin memberi jaminan kepada orang ramai bahawa pihak Suruhanjaya akan terus bekerjasama dengan agensi-agensi penguatkuasaan undang- undang yang lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) untuk memastikan pengendali bas mengoperasikan kenderaan mereka dalam keadaan baik dan mematuhi segala peraturan lalu lintas dan keselamatan jalan raya.

Semoga kejadian seperti ini tidak berulang pada masa hadapan, walaubagaimanapun pihak PLUS juga perlu memikirkan cara yang berkesan dalam mengurangkan kemalangan di sekitar tempat kejadian ini kerana bukan ia pertama kali belakunya kemalangan disitu boleh dikatakan hampir sepanjang tahun tidak kurang 15 kes disitu (sumber tidak rasmi penulis). 

Mungkin pihak PLUS boleh turut sama membantu mendidik pemandu pemandu kenderaan di Malaysia contohnya memaparkan billboard statistik kemalangan di spot spot area agar ia menginsafkan pemandu yang mengunakan lebuh raya bukannya billboard muka “selebriti terlajak laris” contohnya, yang akhirnya ramai terlajak tekan minyak.



KENYATAAN MEDIA
SPAD MEMULAKAN PROSES PENGGANTUNGAN TERHADAP QISTNA EXPRESS

Kuala Lumpur, 13 Julai 2016 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah memulakan proses penggantungan lesen serta 26 permit bas yang dipegang oleh Qistna Express Sdn. Bhd. sehubungan dengan kemalangan yang melibatkan bas syarikat tersebut pada 10 Julai 2016 di Km265.8 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Terowong Menora.

Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Azharuddin Mat Sah berkata pihak Suruhanjaya telah memulakan tindakan itu akibat pelanggaran syarat-syarat keselamatan mandatori berdasarkan laporan audit SPAD terhadap syarikat tersebut bertarikh 12 Julai 2016. Tindakan ini diambil sementara menunggu hasil siasatan dari Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) yang sedang dijalankan.

SPAD ingin sekali lagi menegaskan bahawa Suruhanjaya memandang serius pematuhan keselamatan mandatori oleh pengusaha bas ekspres. Suruhanjaya percaya bahawa tindakan terhadap Qistna Express akan menjadi peringatan tegas kepada pengendali bas ekspres untuk memastikan bahawa mereka mematuhi Kod Amalan Industri (ICOP) SPAD pada setiap masa bagi mengutamakan keselamatan pengguna.

SPAD ingin memberi jaminan kepada orang ramai bahawa pihak Suruhanjaya akan terus bekerjasama dengan agensi-agensi penguatkuasaan undang- undang yang lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) untuk memastikan pengendali bas mengoperasikan kenderaan mereka dalam keadaan baik dan mematuhi segala peraturan lalu lintas dan keselamatan jalan raya.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Bahagian Komunikasi
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat
Tel: +603 2726 7000/Faks: +607 2726 7300
Emel : communications@spad.gov.my


#SPAD Mula Gantung Lesen Serta 26 Permit Syarikat Terlibat Kemalangan Bas Langgar 10 Buah Kereta! Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 13 July 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!