Friday, 1 July 2016

Najib Dengan "Time Traveller Watch" #SPAD #LRT #Prasarana #RapidKL #MCA

Semalam Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak merasmikan pembukaan penuh Projek Penyambungan Jajaran Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya dan Ampang di Stesen Putra Heights dan ia dimiliki oleh Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA), projek membabitkan pembukaan 12 stesen baharu laluan Kelana Jaya dan 11 stesen laluan Ampang/Sri Petaling itu dijangka menyumbang tambahan 300,000 penumpang sehari.


Didalam majlis yang serba ringkas itu, Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak, CEO Prasarana, Datuk Azmi Aziz dan Menteri Pengangkutan Malaysia, Dato' Sri Liow Tiong Lai sempat menggayakan sebentuk jam tangan yang dipakai mereka yang boleh digunakan sebagai alat transaksi pembayaran menggantikan kad Touch N Go.



Kita sedia maklum Touch n Go merupakan salah satu platform pembayaran yang popular di Malaysia, digunakan untuk pembayaran di plaza Tol, pengangkutan awam, mahupun di beberapa kedai untuk membeli barangan ataupun makanan. Sehingga kini, mereka telah menawarkan kemudahan pembayaran menggunakan kad dan juga SmartTag, dan terkini mereka turut memperkenalkan sebuah jam tangan untuk tujuan yang sama.



Ia dinamakan sebagai "Time Traveller Watch", Touch n Go mengintegrasikan kebolehan membayar menggunakannya terus pada jam tangan tersebut. Seperti kad yang sedia ada, pengguna hanya perlu mengimbas jam tangan tersebut di alat pengesan Touch n Go (sama seperti biasa), dan transaksi akan dilakukan secara automatik. Pengguna juga boleh menambah-nilai untuk jam tangan berkenaan di semua premis (Bank, Stesyen minyak dan lain lain) sedia ada. 



Time Traveller Watch memenuhi keperluan gaya dan trend masa kini yang mengutamakan kemudahan tanpa mengira lokasi. Harga Time Traveller Watch dimaklum berharga RM239 seunit.
Najib Dengan "Time Traveller Watch" #SPAD #LRT #Prasarana #RapidKL #MCA Daeng Selili Rating: 5 Friday, 1 July 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!