Tuesday, 26 July 2016

Monspace Sky Airlines Terbang Tanpa Lesen - Datuk Seri Liow


Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow memberitahu kepada pemberita berkenaan isu Monspace Sky Airlines yang dikhabarkan sedang beroperasi dibawah nama syarikat Suasa Airlines Sdn. Bhd. dan berjaya membuat perkhidmatan penerbangan pertamanya dari Subang ke Langkawi.

“Ini kesalahan yang amat besar , Bagaimana mereka boleh membuat penerbangan tanpa lesen?” ujar Liow.

Dalam perasmian penerbangan pertama Monspace Airlines , mereka telah menjemput bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan , penyanyi terkenal Shila Amzah dan juga Maria Cordero dari Hong Kong.

Menurut Menteri Pengangkutan lagi, Suasa Airlines telah beroperasi tanpa mendapat permit Air Service dari Malaysian Aviation Commision (MAVCOM).

Datuk Liow menjelaskan walaupun Syarikat itu telah mendapat kelulusan teknikal dari Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dalam bentuk Air Operators Certificate (AOC) ia masih belum mendapat hak untuk membuat khidmat penerbangan.


“Maka atas sebab ini saya merasa amat terganggu dengan cara Suasa Airlines telah mengguna Monspace Airlines untuk meneruskan operasi penerbangan nya , ini sesuatu yang salah” kata Liow.

“Ini menunjukan betapa mereka memandang enteng pada undang undang” tambah beliau lagi.

Jelas syarikat ini mengambil risiko dan akan dkenakan tindakan oleh DCA terhadap AOC miliknya,

Walau bagaimana pun Datuk Seri Liow telah mengarahkan MAVCOM untuk menyiasat perkara ini dan membuat laporan Polis. DCA , akan mengeluarkan surat tunjuk sebab atas kejadian ini terhadap Suasa Airlines.

Datuk Seri Liow juga mengingatkan kepada para pengguna agar tidak terpedaya dengan khidmat yang disediakan syarikat tersebut memandangkan ia telah melanggar syarat syarat yang telah ditetapkan.

“Bukan sahaja mereka tidak boleh terbang malah tidak boleh menjual tiket pun” tambah Liow.

Syarikat Penerbangan Suasa ini tidak sama dengan AirAsia, MAS atau pun penerbangan komersial lain kerana mereka hanya memohon permit penerbangan sewa dimana mereka hanya diizinkan untuk hanya menyewakan seluruh pesawat sahaja. 

Sambil itu pihak DCA pula telah membuat kenyataan mereka sudah mengeluarkan surat memohon Syarikat Suasa menjelaskan dan memberi maklum kepada kedudukan masalah ini dan pihak DCA juga telah membuat laporan Polis bagi perkara ini.


Amat malang apa bila undang undang penerbangan Negara ini tidak di hormati dan dipatuhi oleh pihat pihak yang terlibat terutama dari luar yang membuat perniagaan penerbangan sesuka hati mereka disini.

Akibat yang akan datang ianya tidak ubah satu malapetaka besar yang bakal mengundang padah kepada sistem penerbangan di Negara ini sekiranya belaku sebarang kejadian yang tidak diingini dan secara tidak langsung kerajaan sendiri bakal dipersalahkan dan dituduh cuai dalam menguruskan hal hal seperti ini sedangkan mereka bertindak seolah olah ruang udara Malaysia ini milik mereka.
Monspace Sky Airlines Terbang Tanpa Lesen - Datuk Seri Liow Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 26 July 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!