Wednesday, 13 July 2016

#Daish #Daesh "Kita Tidak Mahu Negara Ini Jadi Sarang Puak Pelampau" - Liow Tiong Lai #MCA

Pada 28 Jun lalu Malaysia dikejutkan dengan kejadian pengeboman sebuah kelab malam di Puchong, Selangor. Hal ini amat merisaukan dan telah menjadi satu kejadian hitam yang tidak dapat di lupakan, menurut kata Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Pada mulanya Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar menafikan letupan bom itu ada kaitan dengan serangan pengganas. 


Walaubagaimanapun taktik penafian pihak Polis ini (covert) bermungkinkan sebagai langkah awal dalam operasi siasatannya untuk mengenal pasti pelaku kejadian tersebut yang akhirnya memberi hasil yang positif bila mana pihak berkuasa berjaya mengenal pasti dan kini sedang memburu dua warga tempatan, masing-masing dari Johor kerana dipercayai menerima arahan daripada anggota kumpulan pengganas Daesh Malaysia di Syria untuk melakukan serangan terbabit.

Ramai pihak berpendapat gerakan pengganas ini menunjukan tahap keselamatan didalam negara ini ditahap yang tidak memuaskan. Oleh yang demikan MCA bertekad sepenuhnya memberi sokongan kepada pihak berkuasa untuk mengambil apajua tindakan yang boleh menjamin keselamatan rakyat Malaysia.

Letupan di PUB sekitar Puchong, Selangor

Beliau berpendirian tegas dan mengutuk sekeras kerasnya keganasan yang dilakukan oleh pihak ekstremis. Dimana kejadian pengeboman dilakukan ditempat orang ramai sepeti itu boleh mengorbankan jiwa dan harta benda.

Sambil itu MCA juga berharap pihak Polis mengambil langkah pencegahan yang bersesuaian supaya negara ini tidak menjadi tempat sarang pembiakan para pelampau ini.

“Ini sangat membimbangkan, kita tidak mahu mereka datang kesini sambil kita juga tidak mahu negara kita menjadi tempat pembiakan para teroris ini” kata Liow.

Liow juga berpendapat KUMPULAN militan Negara Islam (IS) adalah kumpulan militan radikal yang menggunakan nama agama untuk berjuang kononnya, Hari ini IS sudah mula memasuki negara dan sudah berjaya mengambil tempat di dalam jumlah ratusan ahlinya.

MCA juga khuatir apabila meneliti laporan adanya dua (2) suspek anggota IS yang terbabit dalam serangan di Dhaka pada 2 Julai lalu pernah berada dan belajar di negara ini.

Laporan mendapati mereka mula berkecimpung dalam kumpulan teroris di sini setelah setahun sahaja mula belajar dan ini jelas membuatkan imej Malaysia menjadi buruk di mata dunia seolah olah Malaysia menjadi tempat melahirkan golongan itu.

Liow juga amat menyokong seruan Perdana Menteri Malaysia, DS Mohd Najib Tun Razak kepada masyarakat dunia agar semua mengembeling tenaga dalam usaha memerangi keganasan dan puak pelampau ini.

“Malaysia adalah negara pelbagai kaum, dan pelbagai agama , tindakan extrimis hanya akan mendatangkan huru hara dan malapetaka kepada masyarakat dan mencederakan orang tidak bersalah” ujarnya lagi.

MCA menyokong sistem kerajaan sedia ada dan tidak akan membenarkan sebarang kumpulan atau individu memusnahkan nya. Beliau juga mahu rakyat terus menyokong Barisan Nasional yang mendokong dasar kesederhanaan. Hidup dalam keadaan aman dan tenteram adalah impian setiap penduduk di seluruh dunia.
#Daish #Daesh "Kita Tidak Mahu Negara Ini Jadi Sarang Puak Pelampau" - Liow Tiong Lai #MCA Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 13 July 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!