Saturday, 2 July 2016

Beribu Saman SPAD Telah Keluarkan Di Johor?

Sejak 2011 Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengeluarkan sebanyak 4,048 saman di seluruh negeri Johor sepanjang Operasi Khas Bersepadu yang dilaksanakan hingga hari ini.

Mengikut sumber iaitu Pengurus Besar Kanan Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad b‎erkata, daripada jumlah berkenaan, sebanyak 2,063 kes membabitkan lori, 894 kes berkaitan bas manakala 950 kes lagi berkaitan teksi.

"Sejak operasi bermula, sebanyak 13,605 pelbagai jenis kenderaan perdagangan sudah diperiksa dengan 4,048 daripadanya diambil tindakan ekoran pelbagai kesalahan dalam operasi yang dilaksanakan di negeri ini sejak 2011," katanya

Che Hasni berkata, dalam tempoh tersebut juga kesemua kes tersebut ada yang sudah dijatuhi hukuman dan terdapat juga yang sedang dalam proses perbicaraan di mahkamah serta dikenakan kompaun mengikut kesalahan yang dilakukan masing-masing.

Kini SPAD sudah mengambil tindakan terhadap 97 buah kereta sapu (kereta persendirian) dan 44 individu yang dipercayai menjadi ulat tiket (penjual tiket tidak sah) berhampiran kaunter-kaunter utama.
Pemilik kenderaan boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 atau penjara selama dua tahun atau kedua-duanya sekali sekiranya mereka disabit bagi kesemua kesalahan terbabit, katanya lagi.
Antara kesalahan yang dilakukan adalah tidak mematuhi syarat lesen iaitu gagal mengemukakan permit kenderaan yang sah dan lesen pengendali, gagal kemuka jadual tambang bagi perjalanan bas ekspres dan membawa muatan berlebihan (lori).

Beliau berkata orang ramai yang ingin menyalurkan aduan berkaitan salah laku pemandu kenderaan perkhidmatan awam dan barangan boleh menghubungi talian hotline SPAD 1800-88-7723 atau SMS ke 15888 dengan menaip SPAD Aduan (jarak) dan menaip aduan mereka.

Datuk Che Hasni Che Ahmad. Bersama melakukan pemeriksaan terhadap sebuah bas.

Beribu Saman SPAD Telah Keluarkan Di Johor? Daeng Selili Rating: 5 Saturday, 2 July 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!