Tuesday, 14 June 2016

Tiga Sebab Rakyat Wajar Pilih Mastura - Zambry Abd Kadir #PRKKualaKangsar #OneKuale

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menjelaskan tiga faktor kenapa Datin Mastura Mohd Yazid perlu menjadi Ahli Parlimen Kuala Kangsar. 

Katanya, pertama, berdasarkan kajian terhadap penduduk semua kaum di Kuala Kangsar mendapati sebahagian besarnya mahukan Mastura untuk meneruskan tugasan belum selesai arwah suaminya, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad. 

"Kedua, kita mahukan wakil rakyat yang boleh buat kerja, bukannya pemimpin yang suka hentam sana hentam sini tetapi kerja tidak buat," katanya berucap pada majlis ramah mesra dengan masyarakat Cina di Dewan Chiau Hooi Beo, Talang di sini sebentar tadi. Zambry yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, berkata faktor ketiga ialah Mastura memiliki ciri pemimpin yang baik dan sederhana serta boleh berjumpa semua rakyat tanpa mengira kaum, agama atau latar belakang. 


"Kita mahu pemimpin yang bila orang Melayu, Cina, India atau Orang Asli panggil, dia akan datang, bukannya bila orang ini panggil dia datang, tapi bila ada orang lain panggil tidak mahu datang," katanya. 

Beliau juga menyeru masyarakat Cina tidak terpengaruh dengan tindakan pemimpin pembangkang yang sebelum ini meminta mereka mengundi PAS tetapi sekarang disuruh menolak parti itu dan mengundi pula Parti Amanah Negara. "Akhirnya, rakyat yang jadi mangsa mereka ditolak ke sana ke sini," katanya.

-  sumber
Tiga Sebab Rakyat Wajar Pilih Mastura - Zambry Abd Kadir #PRKKualaKangsar #OneKuale Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 14 June 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!