Tuesday, 21 June 2016

SPAD Mohon Kerajaan Memperincikan Perkhidmatan Teksi. #SPAD #UBER #GRAB

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam cadangan Program Transformasi Industri Teksi telah mengemukakan cadangan kepada Kerajaan untuk memperincikan penyelesaian bagi meningkatkan tahap mutu perkhidmatan serta menggalakkan persaingan yang sihat di dalam industri teksi negara. Antara lain program berkenaan menjelaskan tentang perlunya membenarkan dari segi undang-undang perkhidmatan Uber dan Grab serta menyamaratakan medan persaingan untuk pemandu teksi. 


Dalam Kenyataan Media yang diedarkan hari ini, cadangan itu bertujuan membenarkan dari segi undang-undang pola permintaan yang dipacu teknologi bagi mengawal selia perkhidmatan e-hailing (e-panggilan) seperti Uber dan Grab, di samping menyamaratakan medan persaingan untuk pemandu teksi sedia ada agar mereka mempunyai peluang secara adil untuk terus berdaya saing.


SPAD juga mengesyorkan agar lesen baharu dikeluarkan kepada pemandu teksi yang mempunyai rekod prestasi bersih bagi memupuk semangat keusahawanan di peringkat individu. Ia juga menyediakan pilihan yang munasabah bagi pemandu teksi yang berkelayakan, untuk keluar daripada belenggu sistem pajak. SPAD juga turut mencadangkan lebih banyak pilihan model kenderaan bagi kegunaan pemandu teksi.


Kenyataan Media penuh SPAD boleh dirujuk di bawah :- 






SPAD Mohon Kerajaan Memperincikan Perkhidmatan Teksi. #SPAD #UBER #GRAB Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 21 June 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!