Sunday, 12 June 2016

Sokong Mahathir Atau Digelar Pemakan Dedak? #PRKSgBesar #SCS93 #PRKSungaiBesar #PRKKualaKangsar



Mahathir akan menggelarkan sesiapa saja yang tidak mahu bersamanya sebagai pemakan dedak. Terkini, Pas menjadi sasarannya.

Mahathir sepatutnya sedar bahawa sejak dulu lagi Pas memang menentangnya kerana sikap autokratik dan pendiriannya yang menolak hukum Allah. Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat, misalnya tegas menolak Mahathir sehingga akhir hayatnya.

Tidak mungkin Pas boleh menerima Mahathir apabila dia sekali lagi memperlekehkan hukum Islam di Sekinchan dan menganggap ia tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia. Penentangan Pas ini sudah pasti semakin meningkat kerana Mahathir juga telah bersekongkol dengan Dap dan Pan yang merupakan musuh ketat Pas.

Mahathir kelihatan terlalu obses dan terdesak untuk menjatuhkan PM sehingga sanggup mengelirukan masyarakat Cina dan bukan Islam dengan memberikan gambaran bahawa Presiden Pas, Datuk Seri Hj Hadi Awang telah membentangkan hukum Hudud, sedangkan yang ingin dibentangkan oleh Pas adalah cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) untuk memperkasa Mahkamah Syariah dalam aspek hukuman kesalahan jenayah syariah yang tidak melibatkan rakyat bukan Islam.

Demi melaksanakan agenda politiknya, Mahathir sama sekali tidak memperdulikan aspek kestabilan politik dan ekonomi negara. Sikap tidak bertanggung jawab ini jelas apabila Mahathir menyatakan bahawa dia hanya mahu Najib dijatuhkan tanpa memikirkan siapa yang akan mengambil alih kepimpinan negara.

Tiada sebarang perkara baru dalam kempen Mahathir di Kuala Kangsar dan Sungai Besar, melainkan sekadar mengitar semula dakwaan yang diakuinya sendiri, tidak bersandarkan bukti, tetapi andaian semata-mata. Tiada cerita tentang bagaimana rakyat Kuala Kangsar dan Sungai Besar dapat dibela dan bagaimana tahap kehidupan mereka dapat dipertingkatkan lagi kerana bagi Mahathir, itu bukan perkara yang penting.

Bagi Mahathir, yang penting hanya kehendak dirinya, bukan kehendak rakyat. Sikap mementingkan diri Mahathir ini jelas apabila dia mahu BN kalah di kedua-dua pilihan Raya Kecik (PRK) ini semata-mata untuk membuktikan rakyat menolak Najib. Jika BN kalah maka dia dapat maju selangkah lagi untuk menggulingkan Najib, suatu yang gagal dilakukannya dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak yang lepas.

Dalam obsesinya, Mahathir lupa bahawa tujuan PRK ini adalah supaya pengundi Kuala Kangsar dan Sungai Besar dapat memilih wakil rakyat yang boleh memberi khidmat terbaik kepada rakyat di kedua-dua kawasan ini. Rakyat di kawasan ini perlukan wakil rakyat yang dapat membela mereka dan sentiasa turun padang memberi khidmat bakti kepada mereka, bukan sesiapa saja, asalkan ia dapat diperalatkan untuk menjatuhkan Najib.

Cara pemikiran Mahathir jelas pincang dan songsang kerana bagi Mahathir, kehendak dan keperluan rakyat TIDAK PENTING, sebaliknya yang penting hanyalah agenda dan kehendak POLITIK PERIBADINYA yang sempit.


Tun Mahathir consisten dalam serangnya terhadap DS Najib Razak, Meskipun Najib diserang hebat sehinggakan Tun M terpaksa mengunakan segala teknik dan rakan rakan tangan ghaibnya untuk mengenakan Najib rakyat kita sedar akan keadaan sebenarnya apa itu politik kebencian.

Tun M suka memberikan gelaran sepertimana Mat Sabu yang sebelum ini memberikan gelaran paling berkesan hingga kini kepada Anwar Ibrahim. Kini Tun M mengunakan cara yang sama untuk mencuri penyokong parti keramat UMNO dikala beliau tidak bersama UMNO ketika ini. Cuma yang perlu semua faham, tindakan serangan beliau akan berakhir apabila nafsu beliau dipenuhi. Kenapa sekarang beliau dakwa selamatkan Malaysia sedangkan bila zaman beliau berkuasa selama puluhan tahun dan semua yang nak diselamatkan ini tidak diselamatkan terlebih dahulu?

Najib mempunya acuannya yang tersendiri dalam memerintah negara,Begitu juga Tun M terpaksa sewakan Putrajaya untuk tempat pemerintahan hari ini.

Sokong Mahathir Atau Digelar Pemakan Dedak? #PRKSgBesar #SCS93 #PRKSungaiBesar #PRKKualaKangsar Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 12 June 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!