Tuesday, 21 June 2016

Sila Semak Tiket Bas Balik Kampung Anda! #SPAD #BAS #BalikKampung




SPAD mengambil peranan dalam proses memastikan keselamatan pengguna Bas sempena musim perayaan khususnya dalam menyambut syawal tidak lama lagi.

Oleh itu SPAD mengesyorkan kepada semua agar menyemak no kenderaan yang bakal pengguna naiki adakah ia pengankutan yang sah dan memiliki Lesen Perubahan Sementara (LPS) demi mengelakan sebarang kejadian yang tidak diingini belaku sepanjang tempoh perjalanan para pengguna.
Syarat-Syarat Lesen Perubahan Sementara Bas Ekspres Tambahan Musim Perayaan.

1. Lesen Perubahan Sementara ini berkuatkuasa mengikut tarikh yang telah ditetapkan di dalam Bahagian E dokumen (borang permohonan LPS).

2. Lesen Perubahan Sementara ini hanya boleh digunakan untuk kenderaan yang telah dinyatakan di Bahagian C dokumen ini, yang dikenali sebagai ‘Bas Ekspres Tambahan’.

3. Kenderaan yang digunakan sebagai Bas Ekspres Tambahan bagi Lesen Perubahan Sementara ini hendaklah kenderaan yang dimiliki oleh syarikat yang dinyatakan di dalam Bahagian B dokumen ini.

4. Penumpang Bas Ekspres Tambahan ini hendaklah memegang tiket bercetak komputer yang sah, yang dikeluarkan oleh Syarikat Pengendali Bas Ekspres seperti yang dinyatakan di Bahagian A dokumen Lesen Perubahan Sementara ini.

5. Tiket yang dikeluarkan kepada penumpang Bas Ekspres Tambahan ini hendaklah sama dengan contoh tiket yang dikemukakan semasa permohonan dibuat serta mengandungi maklumat berikut:
  • Nama syarikat bas ekspres yang mengeluarkan tiket tersebut; 
  • Harga tiket termasuk caj tambahan 10% yang dikenakan ke atas harga tiket asal; 
  • Nama terminal bas untuk mengambil penumpang; 
  • Bilangan Perjalanan; 
  • Nombor Pendaftaran Bas; 
  • Nombor Rujukan dan Tempat Duduk; 
  • Tarikh dan Masa; 
  • Destinasi; dan 
  • Nombor Telefon Untuk Dihubungi Sekiranya Kecemasan. 

6. Bas Ekspres Tambahan ini hendaklah mempunyai cukai jalan dan perlindungan insuran yang sah mengikut Bahagian IV, Seksyen 90 dan 91 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

7. Bas Ekspres Tambahan ini hendaklah mempamerkan maklumat berikut pada cermin hadapan bas:

a. Nama Syarikat Bas Ekspres;
b. Bilangan Perjalanan; dan
c. Destinasi.


8. Salinan Jadual Tambang dan Permit Perkhidmatan bagi Syarikat Bas Ekspres yang mengeluarkan tiket hendaklah dibawa bersama di dalam Bas Ekspres Tambahan ini untuk tujuan pemeriksaan.

9. Bas Ekspres Tambahan ini hanya boleh beroperasi di laluan-laluan yang telah ditetapkan di dalam Permit Perkhidmatan Syarikat Bas Ekspres yang mendapatkan Lesen Perubahan Sementara ini.

10. Permit Kenderaan yang sah mengikut kelas lesen asal hendaklah sentiasa dipamerkan di dalam Bas Ekspres Tambahan ini.

11. Bagi perjalanan yang melebihi 300km atau melebihi empat jam (4) berturut-turut, Bas Ekspres Tambahan ini mesti mempunyai pemandu kedua dan buku log perjalanan yang dikemaskini. Pemanduan empat jam (4) berturut-turut tersebut termasuk apa-apa waktu berhenti rehat yang diambil dalam tempoh itu.

12. Bas Ekspres Tambahan ini hanya dibenarkan mengambil dan menurunkan penumpang di terminal bas ekspres yang dibenarkan. Bas Ekspres Tambahan ini tidak dibenarkan mengambil penumpang di luar kawasan terminal.

13. Salinan asal Lesen Perubahan Sementara ini hendaklah dipamerkan di dalam bas bagi tujuan pemeriksaan.

14. Bas Ekspres Tambahan hendaklah mematuhi masa pergerakan atau masa beroperasi seperti masa yang dicetak di dalam tiket.

15. Bas Ekspres Tambahan hendaklah memberi perkhidmatan dari tempat permulaan sehingga ke destinasi akhir bas tersebut mengikut laluan yang diluluskan.

16. Bas Ekspres Tambahan ini hendaklah memberi keselesaan kepada penumpang ketika beroperasi seperti mempunyai alat penghawa dingin yang berfungsi dengan baik, ruang duduk yang selesa dan lain-lain lagi.

17. Pengendali Bas Ekspres Tambahan hendaklah memastikan bahawa penumpang hanya membawa bagasi bagi penggunaan persendirian dan bukan untuk tujuan perniagaan, perdagangan, tunggangan dan keuntungan.

18. Sekiranya kenderaan Pengendali Bas terlibat dengan sebarang kemalangan, Pengendali Bas diwajibkan untuk melaporkan kepada S.P.A.D. maklumat kejadian di talian Aduan SPAD (1-800-88-7723) dalam tempoh masa 2 jam.

Sila masukkan nombor pendaftaran bas tambahan dan klik 'Semak Bas' bagi menentukan sekiranya bas tersebut telah mendapatkan Lesen Perubahan Sementara (LPS) yang sah daripada SPAD. 
KLIK :- 
http://www.spad.gov.my/ms/pengangkutan-awam-darat/bas/perjalanan-ke-seluruh-negara-untuk-rakyat-melalui-laluan-yang-mudah-dan
Layari laman sesawang SPAD untuk maklumat lanjut mengenai senarai portal pengendali bas untuk pembelian tiket atas talian yang disahkan oleh SPAD. 

(*Tengok bahagian bawah sekali, sila masukkan no kenderaan/bas yang anda dijangka naik)
Sila Semak Tiket Bas Balik Kampung Anda! #SPAD #BAS #BalikKampung Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 21 June 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!