Wednesday, 8 June 2016

Siapa Budiman Mohd Zohdi?! #SCS93 #PRKSungaiBesar @BudimanZohri #InilahBudiman #PRKSgBesar

Beliau adalah Adun Sungai Panjang, Selangor, YB Budiman Mohd Zohdi telah diumum kan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar yang akan berlangsung pada 18 Jun ini. Dun Sungai Panjang ini berada di bawah Parlimen Sungai Besar.



Budiman, 44, adalah anak tempatan yang berasal dari Kampung Sungai Limau di sini, dan juga Setiausaha Adun BN Selangor.

Beliau, kini yang sedang dalam (lanjutan) pengajiannya di peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Sains Politik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Telah berkahwin dengan Norma Aida Abdullah dan dikurniakan seorang anak perempuan berumur 16 tahun.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 pada 2013 yang lalu, Budiman memenangi kerusi Dun Sungai Panjang selepas menewaskan Mohd Fadzin Taslimin daripada Pas dengan majoriti 2,183 undi..

Pada PRU13, Allahyarham Noriah mendapat 18,695 undi dengan majoriti 399 undi mengalahkan calon Pas, Mohamed Salleh M.Hussin yang memperoleh 18,296 undi.

Sungai Besar mempunyai 42,836 pengundi berdaftar dengan 67.18 peratus pengundi Melayu, 30.68 peratus pengundi Cina, 1.91 peratus pengundi India dan 0.23 peratus pengundi dari kaum lain.

Kerusi Parlimen Sungai Besar kosong berikutan kematian penyandangnya, Tan Sri Noriah Kasnon yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas.

Dalam kempen PRK Sungai Besar kali ini YB Budiman memberikan 2 focus utama iaitu meningkatkan akses terhadap pendidikan dan tahap ekonomi penduduk.


YB Budiman, mengakui dua faktor berkenaan mampu menjadi pemangkin kepada pembangunan Parlimen Sungai Besar dalam cara yang tersendiri.

Beliau berkata kawasan Parlimen itu kaya dengan pemandangan sawah padi menghijau serta suasana kampung yang menjadi tarikan kepada pelancong dalam dan luar negara.

"Kita di Sungai Besar tidak memerlukan gedung membeli-belah yang besar, kita tidak mahu mengubah landskap, biarlah suasana kampung ini dikekalkan.

"Saya lahir di sini, bersekolah di sini, malah uri saya juga ditanam di sini, jadi saya mampu menyelami denyut nadi orang di sini," katanya.
Siapa Budiman Mohd Zohdi?! #SCS93 #PRKSungaiBesar @BudimanZohri #InilahBudiman #PRKSgBesar Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 8 June 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!