Friday, 17 June 2016

Setiausaha Agung DAP Takut Berdepan Dengan Orang Cina? #PRKSgBesar #SCS93 #PRKSungaiBesar

Mungkin ada tertanya-tanya dimana kelibat Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tidak kelihatan semasa proses berkempen bagi Parti Amanah (PAN)di Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan membiarkan calon PAN terkontang kanting bersendirian lantaran tiada sokongan dari jentera parti PAS yang selama ini menjadi alat tunggangan mereka.

Ketiadaan LGE ini adalah satu keadaan ini adalah sesuatu yang tidak kena, maklumlah seorang pemimpin kanan sebuah parti berpengaruh dalam Pakatan Harapan (PH) untuk tidak hadir membantu kempen calon yang mewakili PH.

Adakah belenggu skandal rasuah beliau di Pulau Pinang membuatkan beliau tidak mudah berada di khalayak ramai terutama dihadapan para pertugas media yang mahu bertanyakan soalan untuk dijelaskan kepada rakyat.



PRK Sungai Besar menghampiri minggu kedua berkempen, calon yang mewakili PH dari Parti Amanah Negara (PAN) Azhar Abdul Shukur masih tidak mampu memikat hati dan jiwa para pengundi di kawasan berkenaan terutama dikalangan orang Cina.

Walaupun telah dibantu dengan beberapa wakil dari DAP termasuk dengan perang poster yang penuh provokasi perkauman, PAN masih dilihat tiada harapan untuk memenangi kerusi ini.

Jadi tidak hairanlah LGE tidak turun berkempen untuk calon PAN kerana beliau mungkin tahu bertapa pantangnya orang cina jika dikaitkan pemimpin dengan skandal rasuah?
Setiausaha Agung DAP Takut Berdepan Dengan Orang Cina? #PRKSgBesar #SCS93 #PRKSungaiBesar Daeng Selili Rating: 5 Friday, 17 June 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!