Monday, 27 June 2016

Rombakan Kabinet Jun 2016 [Tamat]

Apa yang mengejutkan disebalik pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak petang Isnin adalah Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah tidak mahu lagi menyambung perkhidmatan dengan kerajaan atas sebab-sebab peribadi.

Itu dijelaskan oleh Najib dalam sidang media di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya petang Isnin. Tiada butiran lanjut apakah sebab peribadi tersebut, manakala Husni yang merupakan Ahli Parlimen Tambun juga adalah Bendahari UMNO.

Beliau mula menjadi Menteri penuh diera pentadbiran Najib dan antara orang kepercayaan Najib.Tempat Husni diganti oleh timbalannya, Ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Johari Abdul Ghani.

Selain itu, PM turut mengumumkan Tan Sri Noh Omar dilantik Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi menggantikan Datuk Abdul Rahman Dahlan yang dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, bertanggungjawab terhadap Unit Perancang Ekonomi.

Kemunculan semula Noh Omar memenuhi kouta menteri bagi Selangor dan memperlihatkan keazaman Najib untuk merampas semula negeri tersebut dari Pakatan.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mah Siew Keong dilantik sebagai Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi bagi menggantikan Datuk Seri Douglas Unggah Embas yang meletakkan jawatan selepas bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sarawak baru-baru ini. Datuk Seri Douglas Unggah kini merupakan Timbalan Ketua Menteri Sarawak.

Dalam pada itu, bagi jawatan timbalan menteri, muka baharu yang dilantik menyertai Kabinet ialah AHli Parlimen Jerlun Datuk Othman Aziz sebagai Timbalan Menteri Kewangan.

Ahli Parlimen Silam Datuk Nasrun Mansur dilantik sebagai Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi bagi menggantikan Allahyarham Datuk Noriah Kasnon yang meninggal dunia dalam nahas helikopter di Sarawak baru-baru ini.

Selain itu terdapat dua pertukaran portfolio melibatkan Datuk Lee Chee Leong sebagai Timbalan Menteri Kewangan yang sebelum ini merupakan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Tempat Chee Leong digantikan oleh Datuk Chua Tee Yong.


Berikut disiarkan senarai penuh penyusunan semula jawatan Menteri dan Timbalan Menteri

MENTERI :-

Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi 
Datuk Seri Mah Siew Kiong

Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Datuk Abdul Rahman Dahlan

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan 
Tan Sri Noh Omar

Menteri Kewangan Kedua
Datuk Johari Ghani



TIMBALAN MENTERI :-

Timbalan Menteri Kewangan
Datuk Othman Aziz

Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi 
Datuk Nasron Mansor

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan 
Datuk Henry Sum Agong

Timbalan Perdagangan Antarabangsa dan Industri 
Datuk Chua Tee Yong

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri 
Datuk Seri K Devamany

Timbalan Menteri Kewangan 
Datuk Lee Chee Leong


-27/6/2016 OLEH : NOOR HASILAH ISMAIL
Rombakan Kabinet Jun 2016 [Tamat] Daeng Selili Rating: 5 Monday, 27 June 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!