Sunday, 12 June 2016

Rafizi Sorok Bukti Rasuah Seks Dalam Selangor? #PRKSungaBesar #SCS93 #PRKSgBesar

Rafizi Ramli dan pemimpinan Pakatan Harapan dicabar menunjukkan bukti salah laku rasuah seks terhadapa Menteri Besar Selangor, Azmin Ali.

Beberapa NGO telah mula mempersoalkan sikap “playsafe” Rafizi yang menuduh YB Pandan sedangkan tidak menunjukkan bukti yang sebenarnya.

"Umum telah mengetahui pada 30 Mei yang lepas Rafizi telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan isu rasuah tersebut kata Pengerusi Pakatan NGO Pro BN & Gerakan Akar Umbi Umno Malaysia (GAUM), Zulkarnain Mahdar



Rafizi hanya berani mendedahkan isu rasuah ini tetapi tidak sekalipun membuat sebarang pembuktian. Adakah beliau bergurau atau berbohong lagi?

Zulkarnain berkata alasan kononnya kes rasuah masih disiasat oleh SPRM menyebabkan Rafizi dan pimpinan pakatan harapan lainnya cuba mendiamkan diri juga dilihat sebagai alasan yang cuba menyorok bangkai gajah.

"Masa kes 1MDB (1Malaysia Development Bhd) masih disiasat oleh Jawatan Kuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dan Jabatan Audit Negara, Rafizi serta pimpinan Pakatan Harapan berterusan menyerang kerajaan, malah walaupun kes itu telah selesai setelah mendapat jawapan rasmipun mereka masih berterusan menyerang kerajaan," katanya lagi.

Bagaimanapun, kata Zulkarnain, Semua pemimpin pembangkang dilihat senyap bila wujudnya kes rasuah yang melibatkan kerajaan di bawah parti mereka sendiri. Juga kes pembelian Banglo Murah dibawah harga pasaran oleh Ketua Menteri Pulau Pinang.

"Jika acuan berpolitik sebegini yang cuba dibawa oleh Rafizi dan pimpinan pakatan harapan jelas kelihatan mereka tidak boleh mendakwa mereka sebagai juara intergriti," katanya.

Baru-baru ini, beberapa portal berita melaporkan kononnya terdapat amalan rasuah seks dalam urusan pentadbiran kerajaan negeri Selangor.
Rafizi Sorok Bukti Rasuah Seks Dalam Selangor? #PRKSungaBesar #SCS93 #PRKSgBesar Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 12 June 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!