Monday, 13 June 2016

Punca Mahathir Kutuk PAS "Makan Dedak" #PRKSgBesar #SCS93 #PRKSungaiBesar #PRKKualaKangsar

Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden PAS mengakui Tun Mahathir telah menemui beliau dalam rancangan menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Walaubagaimanapun TG Hadi menolak komplot tersebut dan menganggap ia tindakkan yang tidak menguntungkan PAS mahupun Negara.

"PAS tidak menentang individu. Tidak menentang orang tapi menentang pendekatan menggunakan konsep dan dasar. Sekiranya (kalau) orang diubah tetapi dasar dan pendekatannya sama, tiada perubahan juga," katanya kepada BERNAMA ketika melakukan sesi 'walkabout' di sekitar bazar Ramadan pekan Sekinchan, di sini semalam.

Tun Mahathir menyindir PAS “Makan Dedak” dan sindiran itu dibalas sinis oleh TG Hadi Awang.

"Kerana PAS tidak makan dedak maka dengan itu PAS boleh teruskan perjuangan tak ada politik wang, Selagi tak mengubah pendekatan, tak ubah perangai, selagi itulah perkara ini akan berlaku," ujar beliau lagi.

Mengulas permuafakatan UMNO dan PAS, Respon TG Hadi Awang. "Kita ada garis panduan dalam al-Quran, kembali kepada al-Quran, hadis sepenuhnya barulah kita boleh bersatu".
Punca Mahathir Kutuk PAS "Makan Dedak" #PRKSgBesar #SCS93 #PRKSungaiBesar #PRKKualaKangsar Daeng Selili Rating: 5 Monday, 13 June 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!