Sunday, 19 June 2016

PRK Sungai Besar Medan Transformasi MCA #MCA

Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar menyaksikan peningkatan sokongan kaum Cina terhadap Barisan Nasional (BN) sebanyak 35 peratus, berbanding hanya 13 peratus pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Ketua Pemuda MCA Senator Chong Sin Woon berkata ini sekali gus melepasi sasaran sekurang-kurangnya 30 peratus yang dimahukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Secara keseluruhan kawasan yang dijaga MCA mendapat 40 peratus pengundi, termasuk selain daripada kaum Cina dalam kawasan Sekinchan.

"...(Tetapi) adalah lebih selamat jika kita katakan sebanyak 35 peratus sokongan diterima daripada pengundi Cina," katanya kepada pemberita selepas meraikan kemenangan calon BN, Budiman Mohd Zohdi, di sini hari ini.

Budiman menang dengan majoriti besar 9,191 undi mengalahkan calon PAS yang merupakan ADUN Meru, Dr Abdul Rani Osman dan calon Amanah, Azhar Abdul Shukur yang juga Pengerusi Amanah Sungai Besar.


Chong turut menyifatkan PRK itu sebagai satu permulaan buat MCA untuk meneruskan misi mentransformasikan parti berkenaan.

Dalam pada itu, Chong mengakui kejayaan kerajaan BN membawa pulang dua nelayan Sekinchan yang ditahan di Indonesia baru-baru ini, antara faktor yang melonjakkan sokongan pengundi Cina pada PRK itu.

"Selain itu, semangat kerjasama yang bagus terjalin antara parti komponen BN iaitu UMNO, MCA dan Gerakan membolehkan kemenangan tersebut memihak kepada kita bagi melebarkan majoriti berbanding PRU13," katanya.

Pada PRU13, BN meraih majoriti sebanyak 399 undi bagi kerusi Parlimen Sungai Besar.
PRK Sungai Besar Medan Transformasi MCA #MCA Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 19 June 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!