Friday, 17 June 2016

Pemimpin DAP Ramai Berpuasa? #PRKSgBesar #SCS93 #PRKSungaiBesar

Penglibatan kurang aktif pemimpin-pemimpin utama pakatan pembangkang berkempen di Sungai Besar menandakan mereka tidak berminat untuk mendapatkan sokongan pengundi majoriti di sini.

Salah seorang Anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata jika sewaktu tempoh berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) ini pun mereka kurang kelihatan, maka pada waktu yang lain mereka mungkin akan terus menghilangkan diri.

"Ini berbeza dengan Barisan Nasional...kepimpinan kerajaan persekutuan begitu aktif menyokong calon BN, Budiman Mohd Zohdi," Katanya.

Malahan juga ada dengan kehadiran Presiden dan Naib Presiden parti parti dalam Barisan Nasional.


Pemimpin DAP Ramai Berpuasa? #PRKSgBesar #SCS93 #PRKSungaiBesar Daeng Selili Rating: 5 Friday, 17 June 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!