Saturday, 11 June 2016

PAS Bertanding Untuk Tidak Menang - Setiausaha Agung PAN #PRKSgBesar #SCS93 #PRKSungaiBesar #PRKKualaKangsar


PAS terus terusan diratah oleh para penceramah PAN di kempen meraih undi di Sungai Besar kali ini. Sehinggakan bekas pemimpin PAS sendiri mengatakan PAS kini satu parti yang tidak berilmu dan berakal dalam politik.



Dalam satu ceramah bagi kempen pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar di sini malam tadi, Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Abdul Samad berkata PAS mahu Barisan Nasional (BN) hanya dengan semangat, tetapi tanpa ilmu.


Dengan alasan itulah beliau keluar dari PAS dan menubuhkan parti baru dengan pemimpin kontrovesi kes berkhalwat sepanjang zaman iaitu Mohamad Sabu atau dikenali sebagai Mat Sabu.

"Lalu kita tubuh Amanah, berpakat dengan DAP dan PKR dan tubuhkan Pakatan Harapan," katanya beberapa belas orang pendengar yang hadir.

Khalid Abdul Samad menyatakan hasrat PAN yang dari awal penubuhannya lagi mahu bertanding dimana mana kerusi “kosong” di Negara ini agar dapat mengantikan PAS yang dilihat kini lebih “melayu” dari UMNO. Meskipun pada awalnya PKR selaku kepala perang di Selangor telah memutuskan hanya satu parti bertanding di PRK Sungai Besar mentang Barisan Nasional.

"Lepas itu kita tunggu, kita beri tempoh sampaikan sudah dekat dengan hari penamaan calon, nampaknya PAS tidak mahu berunding dan PKR mahu berunding lagi, tapi kita kata cukup," kata Khalid.

Dalam pada itu, Presiden PAN (Amanah) Mohamad Sabu sekali lagi mengulangi kenyataannya bahawa sepanjang 38 tahun dalam PAS dan berkempen untuk parti itu, PAS tidak mampu menumbangkan Barisan Nasional kecuali dengan bantuan DAP dan PKR dalam pakatan Alternatif (kini sudah tiada)

Kini PAS berseorangan selepas pembubaran Pakatan Rakyat yang mengikut jejak Pakatan Alternatif. 

Manakala komen dari Setiausaha Agung PAN (Amanah) Anuar Tahir berkata PAS hanya bertanding untuk tidak menang di kedua dua kerusi PRK kali ini. Dalam bahasa kasarnya PAS hanya menyibuk.
PAS Bertanding Untuk Tidak Menang - Setiausaha Agung PAN #PRKSgBesar #SCS93 #PRKSungaiBesar #PRKKualaKangsar Daeng Selili Rating: 5 Saturday, 11 June 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!