Thursday, 16 June 2016

PAN tidak Hairan Ahli Sokong Budiman #SCS93 #PRKSgBesar #PRKSungaiBesar #IniLahBudiman

Setiausaha Agung PAN, Anuar Tahir berkata insiden 32 anggota Amanah yang menyuarakan secara terbuka sokongan mereka terhadap calon Barisan Nasional (BN) PRK Sungai Besar Budiman Mohd Zohdi semalam, tidak akan menjejaskan sokongan untuk PAN. [baca sini]


"Saya mengesahkan mereka adalah anggota parti tetapi terserah kepada mereka untuk menzahirkan sokongan untuk calon lain (Budiman). Jika mereka mahu menyokong Budiman, itu adalah hak mereka," katanya lapor berita agensi Bernama semalam.

Jelas disini PAN mempunyai kekuatan undi yang besar di Sungai Besar yang boleh mengatasi PAS dan tidak hairan jika ada yang mahu berpaling kepada calon PAN di #PRKSungaiBesar kali ini.


Lihat secara kasar, PAN jelas tidak bersungguh untuk memenangi PRK kali ini lantaran kegagalan PAN tidak mampu mengawal ahlinya sendiri dan menarik pengundi bukan Melayu di Sungai Besar.


Ditambah pula unsur unsur provokasi yang dilakukan oleh pihak DAP (kononnya berkempen untuk PAN) yang menggunakan peluang keemasan di pentas PAN dalam kempen #PRKSgBesar dan #PRKKualaKangsar untuk membakar sentimen agama dan perkauman dalam tempoh berkempen.



Tidak lupa resepi kuih bengkang yang Wan Azizah janjikan jika PAN menguasai kerusi PRK Sungai Besar. Apakah jenis kebodohan dalam kerajaan Selangor hari ini?

PAN tidak Hairan Ahli Sokong Budiman #SCS93 #PRKSgBesar #PRKSungaiBesar #IniLahBudiman Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 16 June 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!