Thursday, 16 June 2016

PAN Dakwa PAS Hina Sami Budha?! #PRKsgBesar #SCS93 #PRKKualaKangsar #PRKSungaiBesar

Pengarah Strategi Parti Amanah Negara (PAN), Dr Dzulkefly Ahmad mendakwa PAS menggunakan ketaksuban agama untuk menyerang parti itu pada Pilihan Raya Kecil kali ini

"Mereka (PAS) merendahkan-rendahkan kami dengan mendakwa warna logo parti kami (jingga) meniru pakaian sami Buddha, dan melabel parti kami 'nanar' (bahasa Kelantan bermakna bengong).


PAN Tidaklah "sebengong" mana cuma dilihat hanya keldai tunggangan DAP bukannya  jadi alat mana mana agama di Malaysia.

"PAS hina warna sami, itu adalah taksub dan adalah satu bentuk ketaksuban agama paling teruk," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Ulasan Dzulkefly ini adalah berpunca dari kenyataan berani Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang menyindir PAN kerana memilih logo berwarna jingga, menyifatkannya sama seperti pakaian sami berwarna kuning kunyit.

PRK kali diadakan berikutan kematian penyandangnya Tan Sri Noriah Kasnon dan Datuk Wan Khair'il dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei 2016 yang lalu.
PAN Dakwa PAS Hina Sami Budha?! #PRKsgBesar #SCS93 #PRKKualaKangsar #PRKSungaiBesar Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 16 June 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!