Friday, 10 June 2016

Nizar Suka Guna Nama Tuhan?! #PRKKualaKangsar

Timbalan Pengerusi PAN Mohon Maaf Kepada Datin Mastura


Selepas dikritik pelbagai pihak, Timbalan Pengerusi PAN negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akhirnya meminta maaf kepada keluarga calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd. Yazid berhubung kenyataannya sewaktu berkempen baru-baru ini.

Begitupun Mohammad Nizar mendakwa, kenyataannya tentang PRK pada 18 Jun ini diadakan sebagai balasan Allah terhadap BN dan UMNO, telah diputar belit dan dipetik di luar konteks keseluruhan ucapannya oleh media sosial.

Beliau berkata, apa yang dilaporkan oleh media sosial mengenai ceramah beliau pada keesokannya adalah tohmahan dan andaian yang salah dan terbabas daripada maksud dan niat sebenar.

Menurutnya, beliau tiada niat menghina atau membuat andaian negatif terhadap keluarga Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.

Dengan itu, katanya, beliau memohon maaf kepada Mastura, anak -anaknya dan semua ahli keluarga sekiranya rasa tergores hati dan terhina, bertepatan semangat dan roh Ramadan.

“Permohonan kemaafan tidak bersyarat ini adalah tanda keluhuran hati saya yang amat bersimpati dengan ketentuan Ilahi yang menimpa Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam ceramah di Kampung Sayong Lembah di sini pada 7 Jun lalu, Mohammad Nizar dipetik dalam media sosial sebagai berkata ‘Allah mahu orang Kuala Kangsar mengajar (memberikan kekalahan kepada) BN menerusi PRK Kuala Kangsar’. - Utusan

Nizar Pembohong Suka Berdusta.

Nizar Jamaluddin memang terkenal dengan keceluparan mulutnya tidak pernah beliau sedarkah bait bait kata dari mulutnya itu memberikan gambaran gelangang politik di Malaysia ini untuk orang yang tidak beriman.

Nizar dilihat sudah tidak lagi popular kebelakangan ini, Tetapi beliau dari dahulu cukup gemar mengunakan nama tuhan dan agama untuk menaikkan kembali nama beliau. Beginilah jadinya seorang boneka DAP yang rata rata didalamnya ramai manusia yang seperti tidak ada agama dan suka berbicara lagaknya orang yang sentiasa betul.

Sebelum ini beliau telah berusaha bersungguh sungguh melemparkan tuduhan fitnah terhadap YB Menteri Besar Perak melakukan perbuatan syirik berkenaan "isu ancak" yang mana beliau menuduh tanpa usul periksa dan tanpa memikirkan dosa fitnah yang bakal ditangungnya.



Nizar Suka Guna Nama Tuhan?! #PRKKualaKangsar Daeng Selili Rating: 5 Friday, 10 June 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!