Wednesday, 22 June 2016

Nama KLIA2 Tidak Akan Ditukar - Liow Tiong Lai #MCA #KLIA2 #AirAsia

Nama Kuala Lumpur International Airport 2 (klia2) tidak akan ditukar kerana ia didaftarkan dalam Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa sebagai sebahagian daripada kod rasmi KLIA, iaitu "KUL".

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, oleh itu "nama-nama tidak harus ditukar semata-mata untuk penukaran."

Laporan semalam, AirAsia dijangka menukar nama klia2 kepada LCCT2 (Terminal Penerbangan Tambang Murah 2) di laman web dan bahan-bahan promosinya.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Bhd, Aireen Omar berkata ia adalah sebahagian daripada kempen untuk menggalakkan penggunaan jenama klia2 kepada LCCT2.

"Namun, Kementerian Pengangkutan mengakui hasrat AirAsia untuk menjenamakan klia2 sebagai terminal kos tambah murah sebagai sebahagian daripada usaha untuk menarik lebih ramai pelancong ke Malaysia. tegas Datuk Seri Liow Tiong Lai

Mengulas lanjut, Aireen berkata, tidak dinafikan bahawa klia2 itu sendiri sememangnya terminal tambang murah dan AirAsia menyumbang 98% daripada penerbangan di klia2.

"Kementerian terbuka untuk mendengar apa-apa cadangan untuk meletakkan klia2 di peringkat antarabangsa sebagai terminal tambang murah yang terkemuka untuk merangsang industri pelancongan dan penerbangan di negara ini," kata Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam satu kenyataan di sini hari ini.



Minggu lepas, CEO AirAsia Tony Fernandes mengumumkan pelancaran kempen tersebut tanpa merujuk mana mana pihak yang berkenaan seolah olah KLIA2 itu bapak dia punya ke?
Nama KLIA2 Tidak Akan Ditukar - Liow Tiong Lai #MCA #KLIA2 #AirAsia Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 22 June 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!