Thursday, 30 June 2016

Najib Razak Rasmi Projek Penyambungan Jajaran LRT Kelana Jaya dan Ampang! #SPAD #Prasarana #LRT #RapidKL





Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak merasmikan pembukaan penuh Projek Penyambungan Jajaran Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya dan Ampang di Stesen Putra Heights di sini, sebentar tadi.


Laluan tambahan sepanjang 35.1 kilometer (km) menghubungkan LRT Kelana Jaya dan Ampang/Sri Petaling memanfaatkan dua juta penduduk Lembah Klang khususnya di daerah Petaling.




Ia turut meningkatkan taraf sosio ekonomi negara yang dinilai melalui Kadar Pulangan Ekonomi Dalaman (EIRR).

Dimiliki Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA), projek membabitkan pembukaan 12 stesen baharu laluan Kelana Jaya dan 11 stesen laluan Ampang/Sri Petaling itu dijangka menyumbang tambahan 300,000 penumpang sehari.


Yang turut hadir, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa; dan Pengerusi Kumpulan PRASARANA, Tan Sri Ismail Adam.

Kawasan ini merupakan kawasan tumpuan pembangunan dan kepadatan penduduk telah pun meningkat dari tahun ke tahun. Oleh itu ianya juga menarik lebih ramai lagi penduduk untuk menikmati kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan.


Antara lain ia juga akan meningkatkan kemudahan perjalanan untuk memenuhi keperluan orang awam melalui penggunaan rangkaian yang bersepadu, cekap dan boleh dipercayai.


Apabila penduduk meningkat, Ia didapati bahawa ianya ada peluang untuk meningkatkan lagi kegiatan ekonomi dan dengan kemudahan yang kita sediakan ini akan memberi peluang kepada penduduk kawasan setempat untuk membantu memacukan lagi agenda ekonomi bagi Kuala Lumpur


Projek sambungan jajaran LRT ini akan menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam bersepadu dengan akses dan hubungan lebih mudah antara pusat bandar dan kawasan Subang, Puchong, Putra Heights dan Shah Alam.


Penambahan 12 stesen ini di laluan Kelana Jaya dan 13 di laluan Ampang, dijangka meningkatkan jumlah penumpang masing-masing kepada 170,000 dan 130,000 orang sehari.

Stesen Putra Heights yang baru siap menjadi titik pertemuan bagi jajaran sambungan ini dapat memendekkan masa perjalanan ke pusat bandar. Ini seterusnya akan menyumbang secara langsung kepada peningkatan produktiviti dan aktiviti ekonomi di kawasan berkenaan.


Dalam pada itu, Prasarana akan mentransformasikan Stesen Putra Heights sebagai struktur ikonik bagi LRT berdasarkan reka bentuknya yang unik selain lokasinya yang strategik.

Kali ini prasarana menyerlahkan reka bentuk stesen itu pada waktu siang dan malam, namun mengekalkan bajet RM8 bilion untuk projek terbabit.

Lapan daripada 11 stesen baharu bagi Laluan Ampang sudah beroperasi sejak beberapa bulan lepas, dibuka lebih awal bagi memenuhi keperluan mendesak untuk pengangkutan awam yang mengenakan tambang berpatutan dalam kawasan bandar.

Tiga lagi stesen, Puchong Perdana, Puchong Prima dan Putra Heights, serta 12 stesen baharu yang lain bagi Laluan Kelana Jaya akan mula beroperasi Khamis ini.

Orang awam boleh mula menggunakan perkhidmatan sambungan jajaran LRT ini bermula jam 6.00 pagi Khamis.

Najib Razak Rasmi Projek Penyambungan Jajaran LRT Kelana Jaya dan Ampang! #SPAD #Prasarana #LRT #RapidKL Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 30 June 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!