Tuesday, 7 June 2016

Muafakat Barisan Nasional Di Sungai Besar #PRKSungaiBesar #SCS93 #InilahBudiman

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Yunus tetap bersama berkempen memenangkan calon Barisan Nasional meskipun pada awalnya desas desus sebelum ini kuat mengatakan beliau adalah calon bagi P.093 Parlimen Sungai Besar #PRKSungaiBesar.



Ini contoh dan sikap yang terpuji dalam kepimpinan hari ini, yang mana sentiasa mendahulukan parti bukannya individu sehingga sanggup membuat perkara yang merugikan parti seperti mana pihak lawan Barisan Nasional hari ini.



Hari ini Ketua UMNO Sungai Besar itu bersama Calon Barisan Nasional #PRKSungaiBesar iaitu YB Budiman berganding bahu turut turun padang berkempen bagi Barisan Nasional di Bazar Ramadan Taman Padu Permai. 

Turut hadir bersama semasa majlis walkabout calon #PRKSungaiBesar itu  Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishamuddin bersama  bertemu dengan pengundi-pengundi yang terdiri dari peniaga dan pengunjung Bazar Ramadan.
Muafakat Barisan Nasional Di Sungai Besar #PRKSungaiBesar #SCS93 #InilahBudiman Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 7 June 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!