Friday, 10 June 2016

Minum Arak : Calon PAN Tidak Perduli Undi Umat Islam?! #PRKSungaiBesar #PRKSgBesar #SCS93 #PRKKualaKangsar

Ng Suee Lim ADUN DAP Sekinchan mempertahankan kenyataannya untuk meraikan kejayaan dengan meminum arak sekiranya PAN (AMANAH) mendapat undi lebih banyak berbanding PAS dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.


Jelas Suee Lim lagi, kenyataannya untuk meraikan kejayaan dengan meminum arak langsung tidak ada kaitan dengan orang Islam dan adakah ia secara langsung memberi isyarat PAN tidak memerlukan undi dari orang Islam (melayu) untuk memenangi kerusi di dua kerusi parlimen ini?.

“Saya cukup kesal kerana mereka (PAS) mempersoalkan hak saya sebagai bukan Islam untuk minum arak. Saya ada hak untuk minum arak bersama rakan-rakan saya yang bukan Islam, mereka tidak sewajarnya mempertikaikan hak saya untuk minum. lapor freemalaysiatoday.com hari ini.

“Itu hak saya mengikut perlembagaan dan harus dihormati hak saya bukan Islam untuk minum, sama seperti orang Islam meminta bukan Islam menghormati hak orang Islam.

Beliau menyatakan hak untuk meraikan kemenangan PAN (Amanah) yang lahirnya dari undi yang diyakini bukannya datang dari pengundi yang beragama Islam?

“Saya minta dalam konteks ini, saya tidak pernah menjemput orang Melayu Islam datang bersama saya untuk minum (arak), itu saya tahu tidak boleh, orang Islam minum (arak) tidak boleh…hukumnya haram,” katanya lagi.

Tetapi dari undi mereka masih menagih undi dari kalangan orang Islam tetapi selepas kemenangan segala halal haram bakal ditolak ketepi? Calon PAN (Amanah) masih diam menikus berkenaan kenyataan ini dan jelas calon PAN ini hanya dibawah telunjuk DAP walauapa jua yang diperkatakan oleh DAP, calon PAN hanya diam tanda setuju? Bagaimana agenda besar yang bakal digariskan sekirannya PAN berjaya memenangi dua kerusi pada PRK kali ini?

Semalam, Joceline Tan melalui kolumnya di akhbar The Star mendedahkan Suee Lim dalam sebuah ceramah di Sungai Besar berkata jika AMANAH memperoleh undi lebih banyak daripada PAS, “kami boleh raikan dengan Carlsberg, Tiger dan or kau (Guinness Stout)”.

Ucapan itu akhirnya dibidas oleh Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan Tantawi melalui Facebooknya dengan mengatakan Suee Lim angkuh dan menegaskan ADUN Sekinchan itu tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan berkenaan memandangkan calon AMANAH yang bertanding di kedua-dua PRK itu adalah umat Islam.
Minum Arak : Calon PAN Tidak Perduli Undi Umat Islam?! #PRKSungaiBesar #PRKSgBesar #SCS93 #PRKKualaKangsar Daeng Selili Rating: 5 Friday, 10 June 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!