Friday, 17 June 2016

Mastura Yazid Terima RM500,000 Dari Seseorang?! #PRKKualaKangsar

KENYATAAN AKHBAR
YAB DATO SERI DR ZAMBRY ABD KADIR
MENTERI BESAR PERAK DARUL RIDZUAN

Pihak Barisan Nasional telah mengesan satu gerakan langkah terdesak oleh sesuatu pihak dengan menggunakan taktik kotor untuk memfitnah calon Barisan Nasional P.067 Kuala Kangsar Datin Mastura Yazid.

Gerakan ini adalah satu usaha yang jijik lagi menjengkelkan dengan menggunakan slip bayaran kepada firma guaman Mastura, Yazid Baba & partners pada tahun 2012. Slip bank ini dijadikan bahan kempen seolah-olah Datin Mastura menerima habuan sebanyak RM500,000 pada pilihan raya ini daripada seseorang.

Saya telah mengarahkan laporan polis dibuat dengan kadar segera supaya pihak polis dapat membuat penyiasatan. Amat malang sekali dalam bulan Ramadan yang mulia ini, fitnah keterlaluan seperti ini dilakukan bagi mencapai kemenangan dalam pilihan raya kecil ini. Ini merupakan suatu perbuatan yang amat jelek.

Pada hakikatnya slip bayaran yang ditonjolkan hanyalah bayaran atau pendahuluan kepada firma guaman Mastura, Yazid Baba & partners, di mana beliau merupakan seorang rakan kongsi.

Adalah lumrah untuk sesiapa juga memasukkan wang ke dalam akaun firma guaman atas pelbagai tujuan seperti wang deposit pembelian rumah, bayaran perkhidmatan guaman, pembelian hartanah atau pembelian saham. Akaun bank firma, bukan akaun peribadi, di mana ia akan diaudit oleh Majlis Peguam setiap tahun.

Peguam tidak boleh menggunakan wang di dalam akuan berkenaan kerana perbuatan sedemikin melanggar etika seorang peguam dan boleh didakwa mahkamah. Jika didapati bersalah boleh ditarik sijil guamannya.
Jadi tidak timbul, Mastura terlibat dalam mana-mana aktiviti serta kegiatan yang melanggar undang-undang.
Oleh itu saya menyeru pengundi-pengundi Kuala Kangsar agar tidak terhasut dengan fitnah jahat ini. 

Sekian.



Wujud pihak tertentu yang sengaja memanipulasi salinan resit firma guaman calon Barisan Nasional (BN) Datin Mastura Mohd Yazid kononnya sebagai derma bagi pihak suaminya.
Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, ia adalah usaha terakhir pembangkang yang terdesak mahu meraih undi di Kuala Kangsar sehingga sanggup memalsukan resit berkenaan.

Katanya, perbuatan itu adalah langkah terdesak pihak tertentu yang jijik lagi menjengkelkan untuk menjatuhkan lawan.


"Ia juga langkah yang sangat kotor dan saya sudah mengarahkan laporan polis dibuat dan siasatan segera dilakukan," katanya pada sidang media di Bilik Gerakan BN sebentar tadi.

Dr Zambry berkata tindakan pihak terbabit adalah perbuatan fitnah yang cuba memburuk-burukkan Datin Mastura menjelang hari pengundian esok.

"Kita berharap pengundi tidak termakan dengan permainan yang dilakukan ini. Sebab itu saya memanggil sidang media ini untuk menjelaskan perkara ini.

"Sepatutnya kalau kita nak berpolitik, berpolitiklah secara gentleman ( budiman) dan janganlah menggunakan taktok sekotor ini lebih-lebih lagi di bulan Ramadan yang mulia," katanya.

Slip berkenaan tertera bayaran sebanyak RM500,000 atas nama Datin Mastura dan diviralkan hari ini.

Bagaimanapun, menurut Dr Zambry, pihak terbabit lupa untuk mengubah suai tarikh yang jelas menunjukkan tarikh lama iaitu pada 2012.
Mastura Yazid Terima RM500,000 Dari Seseorang?! #PRKKualaKangsar Daeng Selili Rating: 5 Friday, 17 June 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!