Sunday, 12 June 2016

Mahathir Sudah Lupa Umur Diri? #SCS93 #PRKSgBesar #PRKSUNGAIBESAR

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi amat yakin dengan para pengundi di Sungai Besar dan Kuala Kangsar tidak terpengaruh dengan tindakan Tun Mahathir yang turun berkempen untuk parti PAN (Amanah) menentang calon Barisan Nasional calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kali ini

Zahid.percaya para pengundi telah menetapkan pendirian dalam jiwa dan hati tetap memilih calon Barisan Nasional dan tidak termakan dengan kata kata bekas perdana menteri ini.

Selaku bekas Presiden UMNO, Tun Mahathir bersama parti pembangkang sesuatu yang amat dikesali.

"Kita tahu beliau (Dr Mahathir) cuba untuk membakar kelambu dan tentunya kita tidak mahu kelambu BN yang terbakar disebabkan oleh beliau," katanya dalam sidang media selepas melawat Pusat Media PKR Sungai Besar, di sini hari semalam.

Tindakkan Dr Mahathir yang menyatakan sokongan terhadap calon Parti Amanah Negara (Amanah), Azhar Abdul Shukur dan berkempen untuk pembangkang bagi menentang calon BN, Budiman Mohd Zohdi.

"Mungkin beliau tersalah bacaan dalam keadaan umurnya, kita harapkan Allah beri perlindungan kepada beliau dan kita harapkan agar tatabahasa yang digunakan oleh beliau dahulu sama dengan tatabahasa yang digunakan sekarang," katanya.

Mengulas kenyataan Dr Mahathir yang mendakwa orang Melayu menyokong UMNO secara membuta tuli, Ahmad Zahid, yang juga Naib Presiden UMNO, berkata kenyataan itu tidak menggambarkan diri beliau yang dahulu.

Menjelas lanjut, Ahmad Zahid berkata ramai yang sudah tidak dapat menerima pendapat Dr Mahathir kerana tokoh negarawan itu kini sudah bersama dengan musuh-musuh politiknya terutama DAP yang telah dilabelkan sebagai komunis sekian lama..


DS Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata kematangan berpolitik dapat dilihat di kedua-dua kawasan itu dalam tempoh berkempen ini. Lancar dan selamat.
Mahathir Sudah Lupa Umur Diri? #SCS93 #PRKSgBesar #PRKSUNGAIBESAR Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 12 June 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!