Thursday, 16 June 2016

Laporan Awal Nahas Helikopter AS350 Selesai - Liow Tiong Lai



16 Jun 2016
UNTUK SIARAN SEGERA

KENYATAAN MEDIA
OLEH YB DATO’ SRI LIOW TIONG LAI
MENTERI PENGANGKUTAN

Liow: Laporan Awal Nahas Helikopter AS350 Selesai

Laporan Awal Nahas Udara Eurocopter AS350 (RP-C6828) di Sungai Batang Lupar, Sarawak telah selesai dilengkapkan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) yang bertanggungjawab dalam menjalankan siasatan kejadian dan kemalangan nahas udara.

Laporan awal nahas kejadian udara itu akan dimuat naik ke laman web Kementerian Pengangkutan (www.mot.gov.my) pada jam 3 petang, 16 Jun 2016.

Pasukan penyiasat telah memaklumkan kesemua waris dan ahli keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi ini berkaitan pengeluaran laporan awal tersebut.

Laporan awal ini mengadungi fakta-fakta yang telah dikenalpasti sejak kejadian sehingga kini berdasarkan maklumat sejarah penerbangan, bukti dan serpihan dari lokasi nahas, perakuan kelayakan terbang, rekod penyelenggaraan, rekod juruterbang dan maklumat meteorologi.

Kesemua maklumat yang terkandung di dalam laporan tersebut adalah bersifat tentatif dan tertakluk kepada perubahan atau maklumat lanjut sekiranya terdapat bukti tambahan. Siasatan ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti keadaan dan punca nahas kejadian terbabit.

Pasukan penyiasat yang terdiri daripada lapan ahli itu diketuai oleh Kapten Dato’ Yahaya Abdul Rahman selaku Ketua Penyiasat. Wakil-wakil Bertauliah (Accredited Representatives) dari Lembaga Penyiasatan dan Siasatan Kemalangan Pesawat Filipina (AAIIB) turut hadir di fasa awal siasatan.

Sebarang pertanyaan berhubung laporan ini boleh ditujukan kepada Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pengangkutan. Unit ini boleh dihubungi melalui e-mel di: UnitKomunikasiKorporat@mot.gov.my

Jabatan Penerbangan Awam (DCA) akan meneliti dan mengambil tindakan sewajarnya akan cadangan yang dikemukan oleh pasukan siasatan berkaitan nahas ini bagi memastikan tragedi seumpana ini tidak berulang di masa hadapan.

[TAMAT]


Laporan Awal Nahas Helikopter AS350 Selesai - Liow Tiong Lai Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 16 June 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!