Wednesday, 8 June 2016

Jentera Pilihan Raya #PRKSungaiBesar Lebih Tersusun - Tan Sri Noh Omar #SCS93

Pergerakan jentera pilihan raya yang lebih tersusun dan kerjasama padu daripada parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) dipercayai mampu membantu calonnya Budiman Mohd Zohdi mengekalkan benteng parti di #PRKSungaiBesar.

Pengerusi Barisan Nasional negeri, Tan Sri Noh Omar berkata selain jentera UMNO, parti-parti komponen seperti MCA, MIC dan Gerakan misalnya dilihat telah membuka bilik gerakan masing-masing bagi membantu kempen yang akan diadakan dalam bulan Ramadan ini.

Ini jelas membuktikan muafakat diantara sesama komponen parti lain didalam Barisan Nasional tetap utuh meskipun dilanda dengan beberapa isu kecil yang boleh diselesaikan dengan rundingan sesama sendiri.

"Setakat ini kita lihat MCA dan Gerakan misalnya mula turun padang dan berjumpa dengan pengundi Cina di Sekinchan dan kita lihat mereka (parti komponen) beri kerjasama cukup baik," katanya dalam sidang media, di sini semalam.



Jentera Pilihan Raya #PRKSungaiBesar Lebih Tersusun - Tan Sri Noh Omar #SCS93 Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 8 June 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!