Tuesday, 14 June 2016

Husam Musa Kempen Untuk PAN (Amanah) #PRKKualaKangsar #OneKuale

Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa yang dipecat dari partinya berkuatkuasa 23 April lalu, membayangkan akan menyertai Parti Amanah Negara. 

"Saya belum isytihar masuk parti ini, tetapi ada hati menyertainya," katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor ketika berucap pada ceramah umum Parti Amanah Negara di Kota Lama Kanan, di sini malam tadi. 

Pada 6 Mei lalu, Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib PAS, Dr Sanusi Daeng Mariok dilaporkan berkata, keputusan memecat Husam diambil selepas meneliti aduan salah laku membabitkannya yang diterima parti. 

Jawatankuasa Tatatertib PAS yang bersidang pada 23 April lalu mendapati Husam melakukan tindakan dan perbuatan yang bersalahan dengan Fasal 82(1)(b), (c), (d), (e) dan (f), Perlembagaan PAS. Jawatankuasa Tatatertib dengan sebulat suara bersetuju berdasarkan peruntukan Fasal 82(6)(d) Perlembagaan PAS (Pindaan 2011), memecat Husam sebagai ahli PAS berkuat kuasa pada 23 April lalu. 

Dalam pada itu, Husam berkata beliau yakin calon Parti Amanah Negara dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, Dr Ahmad Termizi Ramli akan membuat kejutan memenangi kerusi itu.



Husam Musa Kempen Untuk PAN (Amanah) #PRKKualaKangsar #OneKuale Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 14 June 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!