Tuesday, 14 June 2016

Hanya DAP Perjuangkan Rakyat Sungai Besar - PAN #PRKSgBesar #SCS93 #PRKSungaiBesar

Peselisiahan antara PAS dan PAN bukan lagi perkara baru dan yang menghairankan penyokong dikedua dua belah pihak. Baik dari PAS mahupun PAN, ada sahaja isu yang akan menjadi pertikaian antara mereka. Tanpa mengira apa jua situasi, PAN yang mendapat sokongan DAP akan sentiasa menyerang PAS untuk memecahkan undi PAS di Parlimen Sungai Besar.


Semua sedia maklum PAS dan PAN setiap hari “berlaga angin” ada sahaja isu dibangkitkan. Tanpa mengira masa dan tempat mereka saling serang menyerang diantara satu sama lain terutama di #PRKSgBesar untuk bertujuan memecahkan undi setiap penyokong mereka.

Baru baru ini, PAS sekali lagi membangkitkan isu dakwaan PAN kononnya pembangunan dan kejayaan di Sungai Besar adalah jasa besar PAN dan DAP kepada penduduk dan juga PAS menafikan jentera DAP yang banyak membantu disana.

Dakwaan ini sesuatu yang tidak boleh digunapakai ini kerana PAN baru sahaja ditubuhkan pada September tahun lalu dan Pilihan Raya Kecil Sungai Besar ini adalah ujian pertama mereka di semenanjung, PAS masih setahun jagung apa jasa pembangunan sebenar yang berjaya dibawa masuk oleh PAN di negeri Selangor khasnya?

PAS menyelar kenyataan bodoh PAN ini dengan menyifatkan PAN hanya tahu mengambil kesempatan ibarat menangguk di air keruh.

PAS dalam satu kenyataan mengakui, apa yang dinikmati oleh penduduk Sungai Besar hari ini adalah hasil dari ketokohan dan kesungguhan usaha bekas penyandang Parlimen Sungai Besar, Allahyarhm Tan Sri Hajjah Noriah Kasnon dari parti Barisan Nasional yang membuka ruang kesepakatan dan bermuafakat dengan jentera PAS disini bagi melaksanakan tanggungjawab wakil rakyat di situ.

PAN tidak ada sebarang usaha untuk rakyat Sungai Besar dan PAN harus sedar diri bahawasanya nadi perjuangan mereka kini semakin disisihkan oleh majority orang Melayu Islam lantaran PAN jelas hanya boneka DAP yang kini menjadi antara suku sakat PKR yang dahagakan undi dari penyokong DAP.
Hanya DAP Perjuangkan Rakyat Sungai Besar - PAN #PRKSgBesar #SCS93 #PRKSungaiBesar Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 14 June 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!