Saturday, 11 June 2016

Empat Puluh Peratus Pengundi Atas Pagar Sebagai Penentu #PRKsgBesar #SCS93 #PRKSungaiBesar #InilahBudiman

Empat puluh peratus (40%) pengundi atas pagar dilihat sebagai penentu kepada adengan perebutan calon bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar #PRKSgBesar pada 18 Jun ini. 



Prof Madya Datuk Dr Samsu Adabi Mamat, penganalisis politik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia berpendapat calon dari pakatan berkemungkinan mengalam masalah sokongan kerana ini berpunca dari penarikan PAS dari pakatan.

"Mungkin mereka (yang kecewa dengan perpecahan itu) akan beralih ke PAN (Parti Amanah Negara) atau BN atau mereka tidak mengundi langsung...apa-apa boleh berlaku tanpa kita jangka," katanya kepada laporan Bernama.

Beliau yang juga pakar dalam bidang Politik Islam dan Minoriti Muslim menjelaskan peratusan pengundi atas pagar itu berdasarkan purata pembahagian undi pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) iaitu 30 peratus kepada BN, 30 peratus kepada Pakatan Rakyat manakala 40 peratus lagi adalah pengundi atas pagar.

Kini tiga puluh peratus (30%) berpecah kepada dua (penyokong PAN dan PAS) dan secara jelas memberikan kelebihan kepada calon kepada Barisan Nasional. YB Budiman Mohd Zohdi yang juga ADUN Sungai Panjang yang menjadi calon boleh menang dari pucuk pimpinan Barisan Nasional.

"Mungkin sekarang pembahagian undi akan jadi 20 peratus kepada PAN yang mewakili Pakatan Harapan dan hanya 10 peratus kepada PAS atau mungkin sebaliknya," jelas beliau.



"Walkabout, sesi ceramah dan lawatan ke rumah golongan yang memerlukan turut membantu daripada segi meraih sokongan penduduk, lebih-lebih lagi pengundi kaum Cina. Namun begitu sebarang kejutan tidak boleh diperkecilkan kerana PAS dan PAN mungkin tampil dengan kejutan masing-masing," katanya lagi.

Pendekatan yang dibuat oleh Calon BN iaitu bejumpa dengan 3000 pengundi dalam sehari antara taktik yang amat memberi kesan kepada pencabarnya.

Walaubagaimanapun agak sukar bagi calon PAN yang tidak pernah menyandang sebarang jawatan dalam politik untuk menyaingi Calon dari Barisan Nasional.
Empat Puluh Peratus Pengundi Atas Pagar Sebagai Penentu #PRKsgBesar #SCS93 #PRKSungaiBesar #InilahBudiman Daeng Selili Rating: 5 Saturday, 11 June 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!