Monday, 13 June 2016

DAP Yakin PAN Bakal Berkubur Di Sungai Besar #PRKSgBesar #SCS93 #PRKSungaiBesar

Lantaran gagal mempromosikan calon Melayu yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar, DAP menyalahkan rekabentuk logo PAN yang tidak menyerupai bentuk “Roket”

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata segelintir masyarakat Tionghua di kawasan itu ketika ditemui memaklumkan mereka keliru dengan simbol Amanah kerana lazimnya melihat DAP dengan lambang 'roket'.


Mengikut sejarah DAP yang terdahulu, DAP menyerupai logo PAP parti memerintah di Singapura. Berkemungkinan PAN akan dibubarkan dan DAP mengambil alih penyokongan demi membantu pengundi pengundi untuk lebih mengenali logo “Roket” untuk pilihanraya akan datang. 

"Kita datang merayu undi dengan penduduk tempatan. Respons adalah sangat menggalakkan tapi ada sedikit kekeliruan tentang simbol. Ini kerana mereka (penyokong Cina) kenal 'roket' tapi roket tidak bertanding. 

"Kita kena perkenalkan (simbol) Amanah di mana YB Ng Suee Lim telah samakan simbol 'adidas' ataupun 'tiga segi' (bagi menyokong DAP)," katanya kepada wartawan selepas tinjauan mesra di perkampungan nelayan Bagan Sekinchan di sini, Semalam.

Berbeza senarionya dengan parti pembangkang di Selangor yang mengekalkan satu bentuk logo untuk setiap kali bertanding meskipun pelbagai parti kompenan lain ada logo logo nya yang tersendiri.


DAP Yakin PAN Bakal Berkubur Di Sungai Besar #PRKSgBesar #SCS93 #PRKSungaiBesar Daeng Selili Rating: 5 Monday, 13 June 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!