Thursday, 9 June 2016

DAP Kantui Gantung Banner Provokasi di #PRKSungaiBesar #PRKsgBesar #SCS93

Calon Barisan Nasional #PRKSungaiBesar Budiman Mohd Zohdi menjawap mengenai isu papan tanda provokasi yang tertera gambar beliau di sekitar Sekincan. 

“Saya percaya dan yakin dengan sengaja dipasang billboard untuk menyemai kebencian orang Cina kepada Melayu,” katanya dalam sidang media khas pada hari ini.

ADUN DAP Sekinchan Cuba menarik perhatian pertugas media dengan dakwaan yang tidak berasas.

Budiman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Sungai Panjang turut meminta agar wakil dari parti lawannya agar tampil kehadapan menjawap tindakkan cara berkempen mereka.

“Kenapa mereka (PAN) sokong cara kempen DAP? Kenapa perlu ada politik kebencian? Baru lima hari kempen sudah terjadi perkara sedemikian. Jentera PAN jadi boneka digembala DAP?,” tanya beliau.

Persoalan ini timbul apabilatindakan ADUN DAP Sekinchan yang menuduh membabi buta terhadap Budiman kononnya beliau yang menaikkan papan tanda itu di kawasan DAP, Bagi Budiman ia satu taktik murahan yang sangat memalukan.

Malah katanya, papan tanda berkenaan juga adalah tidak sama seperti standard material dan design yang dikeluarkan oleh jentera beliau.

“Saya budak kampung. Hanya pakai pakaian biasa tidak seperti digambarkan,” katanya lagi.

Namun begitu, beliau tidak menuduh ia angkara DAP, tetapi merasakan ada pihak-pihak yang sudah mula berasa bahang kemenangan Barisan Nasional dengan keberkesanan kempen beliau yang mana mengariskan setiap hari bertemu kira-kira 3,000 pengundi. Secara sinis Budiman mengatakan bahawa DAP sedang kehabisan modal.

“Mereka memburuk keperibadian saya. Juga mahu gugat sokongan rakyat Sungai Besar terhadap BN,” ujarnya.

Prinsip DAP adalah mudah mereka akan rasa senang dengan melakukan taktik kotor dan berunsur perkauman antaranya (poster provokasi) dan percayalah ia tidak akan terhenti disini malah akan ada lagi.


DAP Kantui Gantung Banner Provokasi di #PRKSungaiBesar #PRKsgBesar #SCS93 Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 9 June 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!