Friday, 10 June 2016

DAP Dalang Billboard Provokasi Di Sekinchan?! #PRKSGBesar #PRKSungaiBesar #SCS93

"Nafi pasang papan iklan provokasi"

Begitulah berita yang dikeluarkan oleh themalaysianmirror.com yang mana Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Samad, berkata menjadikan faktor kewangan sebagai alasan yang konkrit kononnya tidak terlibat dalam sebarang pemasangan poster dan banner berbentuk provokasi yang sedang berlangsung di #PRKSungaiBesar kali ini.



Dalam pada itu seorang lelaki cina berbaju oren (merujuk kepada parti PAN) bersungguh benar dalam mempertahankan banner kontrovesi ini dan mengugut mahu menyaman siapa yang berani menurunkan banner ini.



Sekinchan memang dikenali sebagai kubu kuat pakatan dengan majoritinya seramai 58% pengundinya bukan melayu, Malahan pihak dari Barisan Nasional pula dituduh memasang banner sedemikian terutama ADUN Sekinchan Ng Suee Lim dilihat bersungguh sungguh menuduh jentera Barisan Nasional di Selangor melakukan perkara sedemikan.

PAN/DAP kini kehabisan modal terhadap calon Barisan Nasional, Budiman Mohd Zohdi yang mana dilihat lebih berketerampilan dalam berkempen berbanding calon lawannya yang hari ini terpaksa mereka reka isu untuk dijadikan bahan kempen.


Kepada Ng Suee Lim, DAP kononnya sebuah parti yang tidak perkauman, politik kebencian dan parti yang terbuka sepatutnya malu pada diri sendiri kerana menghalalkan tidakkan sebegini dalam kempen di PRK Sungai Besar yang tidak ada baiknya kepada rakyat malah ia lebih kepada perbalahan sesama kaum.



Cukuplah pakatan bergaduh sesama sendiri didalam Pakatan, Janganlah pula bagi rakyat Malaysia terutama di Sungai Besar bergaduh sesama sendiri.


DAP Dalang Billboard Provokasi Di Sekinchan?! #PRKSGBesar #PRKSungaiBesar #SCS93 Daeng Selili Rating: 5 Friday, 10 June 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!