Friday, 17 June 2016

DAP Dakwa Kerajaan Bayar Abu Sayyaf?! #AbuSayyaf

Tindakan Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sabah, Stephen Wong, mahu kerajaan mengakui membayar tebusan kepada penculik atau mengumumkan pihak yang mendapat sumbangan dari wang kutipan tersebut merupakan satu tindakan pengkhianatan ke atas negara dan keselamatan rakyat.


Semua rakyat Malaysia itu - Wong Teck Kang, 31 tahun; Wong Hung Sing, 34 tahun; Wong Teck Chii, 29 tahun; dan Johnny Lau Jung Hien, 21 tahun - dari Sarawak dan diculik dari kapal tunda MV Massive 6 di perairan Pulau Ligitan pada 1 April lalu sedang mereka pulang ke Tawau, Sarawak, selepas menghantar kargo kayu ke Manila.

Pada April lalu empat orang rakyat Malaysia berketurunan Cina dari Sarawak telah diculik oleh Militia Abu Sayaf di perairan Sabah. Mereka menuntut wang tebusan sebanyak RM 12 juta. Keempat-empat orang ini dibebaskan pada 8 Jun 2016. Keluarga mangsa culik dilaporkan membayar RM 12 juta menerusi kerajaan Malaysia pada 24 Mei 2016.

Apabila pihak polis ditanya mengenai hal ini tentulah mereka menafikan membayar wang tebusan. Tidak ada pihak berkuasa atau mana-mana negara akan mengakui mereka membayar pampasan untuk penculikan apatah lagi kepada pengganas.

Kalau diikut prosedur keselamatan pihak berkuasa tidak akan melakukan apa-apa rundingan rasmi dengan pengganas, apatah lagi membayar pampasan. Jika mana-mana negara secara terbuka mengakui mereka membayar wang tebusan ia hanya mengundang lebih banyak penculikan dan permintaan wang tebusan.

Perkara ini sepatutnya diselesaikan secara tertutup antara pihak berkuasa yang bertanggungjawab memegang wang tersebut dengan ahli keluarga terbabit. Jika ahli keluarga merasakan mereka ditipu oleh pihak berkuasa buatlah satu laporan polis untuk siasatan.

Tindakan ahli keluarga mangsa membuat kenyataan akhbar mengakui membayar RM 12 juta akan mengundang lebih banyak penjenayah memerhati keluarga mereka dan akan mengambil peluang menculik bagi mendapatkan wang.

DAP sepatutnya boleh membezakan antara politik dengan isu yang membabitkan sensitiviti keselamatan rakyat negara ini. Malangnya ini tidak berlaku. Pada masa akan datang jika berlaku lagi penculikan di kalangan kaum Cina, elok kerajaan biar DAP sahaja uruskan.



Jangan Fitnah Polis Isu Wang Tebusan!

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan telah menerima dan membayar wang tebusan RM12 juta seperti didakwa oleh ahli keluarga empat mangsa culik di perairan Pulau Ligitan, Sabah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, sebaliknya wang tebusan tersebut dipercayai diserahkan sendiri oleh keluarga mangsa kepada pihak ketiga yang berurusan dengan pihak penculik bagi membebaskan empat individu terbabit.

“PDRM tidak tahu langsung mengenai wang terbabit kerana keluarga mangsa banyak berurusan dengan ejen-ejen atau pihak ketiga dari Filipina yang dikatakan boleh membebaskan mangsa.

“Pihak ketiga itu ada juga datang ke Malaysia untuk menemui ahli keluarga mangsa dan keluarga mangsa juga ada pergi Zamboaga City, Filipina. Kami tidak campur tangan dan hanya memastikan tahap keselamatan mereka,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selaku Menteri Dalam Negeri memberitahu wang kutipan RM12 juta itu telah disalurkan kepada pertubuhan bukan kerajaan di Filipina untuk tujuan kebajikan.

Keluarga empat kelasi Sarawak yang diculik oleh kumpulan militan Abu Sayyaf pada 1 April sebelum ini mendakwa mereka telah menyerahkan kesemua wang yang dikumpul bagi pembebasan mangsa culik itu kepada polis Cawangan Khas di Sandakan, Sabah pada 24 Mei lalu.

Keempat-empat mangsa culik itu ialah adik-beradik Wong Teck Kang, 31, dan Wong Teck Chii, 29, sepupu mereka Johnny Lau Jung Hien, 31, dan anak kapal bot tunda, Wong Hung Sing, 32, yang diculik di perairan Pulau Ligitan berhampiran Semporna, Sabah. – Utusan Online
DAP Dakwa Kerajaan Bayar Abu Sayyaf?! #AbuSayyaf Daeng Selili Rating: 5 Friday, 17 June 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!