Thursday, 9 June 2016

Budiman Lebih Arif Tentang Rakyat Sungai Besar #PRKSungaiBesar #SCS93 #PRKsgBesar #InilahBudiman

Sungai Besar rata rata sedia maklum ianya satu kawasan kubu kuat Barisan Nasional memandangkan keteguhan jentera parti yang kuat dan strategi yang berkesan membuahkan kemenangan demi kemenangan yang menjadikan ia kekal dikuasai calon Barisan Nasional disitu.

Pilihra Raya Kecil Sungai Besar boleh dianggap sebahagian kayu pengukur terhadap parti pemerintah Negara Barisan Nasional untuk menempuhi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 yang bakal berlangsung tidak lebih 2 tahun dari sekarang.

Walaupun dari segi peratus sokongan menyebelahi Barisan Nasional pada ketika ini, jentera parti di seluruh Negara perlu berkerja keras melawan fintah dan adu domba pembangkang yang semakin hari semakin lantang mempersoalkan pelbagai perkara meskipun ia bukanlah suatu berita sahih, asalkan dapat dikaitkan dengan kerajaan semuanya dianggap sahih/betul dan boleh dijadikan bahan kempen.


Calon BN YB Budiman Zohdi di #PRKSgBesar kali ini mempunyai tarikan tersendiri dan cukup dikenali penduduk setempat kerana gerak kerja yang dilakukan untuk rakyat sangat baik. Jika diberikan peluang kepadanya, penduduk Sungai Besar akan melihat kemajuan yang akan dibawa oleh YB Budiman serta melebarkan lagi perkhidmatannya kepada peringkat parlimen.

Sekiranya kemenangan memihak kepada YB Budiman pasinya ia satu tugas yang mencabar kerana beliau akan menjadi pemimpin di dua kawasan, namun kredibiliti Budiman di lihat lebih terampil berbanding calon lawanya yang mungkin kurang memahami masalah penduduk setempat, berbanding YB Budiman yang mempunyai hubungan rapat dengan mereka termasuk kaum cina.

Oleh itu, rakyat Sungai Besar, tidak perlu memperjudikan nasib dengan memilih parti lawan yang kini berada di dalam keadaan yang tidak stabil dan harus teguh memilih Barisan Nasional yang sentiasa mendengar denyut nadi suara rakyat berbanding parti pembangkang yang setiap hari hanya bercakaran sesama sendiri sehinggakan gagal dalam agenda asal kononnya mahu membela rakyat.


Gambar sekitar Program Bubur Lambuk JKM bersama YB Budiman Mohd Zohdi,calon Barisan Nasional Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar di Dewan Dato' Ramly Tonggak 10, Semalam.

Dalam ucapan beliau, beliau memaklumkan kepada penduduk setempat bahawa beliau mahu meneruskan legasi kerja penyandang terdahulu, Tan Sri Noriah Kasnon. (Al-Fatihah)



Budiman Lebih Arif Tentang Rakyat Sungai Besar #PRKSungaiBesar #SCS93 #PRKsgBesar #InilahBudiman Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 9 June 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!