Saturday, 11 June 2016

#BR1M Bayaran BR1M Peringkat Ketiga Diawalkan #PRKKualaKangsar #PRKSungaiBesar #SCS93

Kerajaan bersetuju pembayaran peringkat ketiga Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2016 diawalkan mulai 15 Jun ini sempena sambutan Aidilfitri. 

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata kerajaan berharap dengan pemberian BR1M ini dapat membantu rakyat membeli barangan keperluan dan persiapan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti. Katanya, pembayaran BR1M akan dikreditkan terus ke akaun penerima dan bagi mereka yang tiada nombor akaun, surat kelulusan akan diposkan terus ke alamat penerima dan seterusnya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran. 

"Melalui pengumuman Bajet 2016, kerajaan memutuskan pemberian BR1M pada tahun ini diagihkan kepada empat peringkat yang mana bayaran peringkat pertama dan kedua masing-masing diagihkan pada 28 Januari dan 28 April lalu," katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi talian bebas tol 1800882716 serta emel kepada br1m@treasury.gov.my.


#BR1M Bayaran BR1M Peringkat Ketiga Diawalkan #PRKKualaKangsar #PRKSungaiBesar #SCS93 Daeng Selili Rating: 5 Saturday, 11 June 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!