Tuesday, 14 June 2016

BN masih kuat bersatu padu antara UMNO, MCA dan MIC -Datuk Dr Leong Yong Kong #MCA

MCA Kedah menyifatkan semangat konsensus dan konvensyen dalam Barisan Nasional (BN) masih kuat dan sama sekali tidak tergugat dengan isu tertentu termasuk pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016, baru-baru ini. 


Timbalan Pengerusi, Datuk Dr Leong Yong Kong, berkata ini kerana pihaknya percaya BN akan melihat perkara ini mengikut semangat konsensus demi keamanan dan perpaduan rakyat negara ini yang diamalkan sejak merdeka hingga kini. 

"Sejak merdeka hingga kini, kita masih mempertahankan konsensus berlandaskan Perlembagaan dan Rukun Negara yang menjadi teras serta sudah sebati dengan rakyat. 

"BN masih kuat bersatu padu antara UMNO, MCA dan MIC kerana jika berlaku perpecahan dalam parti komponen, ia memberi maksud perpecahan dalam negara kerana sejak dulu rakyat bersatu sebab mengikut prinsip BN," katanya ketika ditemui di Wisma Darul Aman, dekat sini, semalam. 

Isu pembentangan rang undang undang ini dipolitikkan oleh pembangkang terutama DAP yang dahagakan isu untuk memecahkan belahkan perpaduan kaum di negara ini ramai dikalangan orang bukan islam khususnya sangat sayangkan semangat konsensus yang sudah ditanam dalam BN akhirnya berpecah belah hanya kerana termakan pengaruh dan sandiwara pembangkang yang akhirnya merugikan rakyat.
BN masih kuat bersatu padu antara UMNO, MCA dan MIC -Datuk Dr Leong Yong Kong #MCA Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 14 June 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!