Monday, 27 June 2016

Beban Jangan Hanya Dibahu Kerajaan - Najib Razak


PETIKAN DARI BLOG PERDANA MENTERI MALAYSIA :-

"Saya percaya ramai kini yang telah pun memulakan persiapan menyambut Syawal seperti membeli kuih raya, barangan runcit selain pakaian, kelengkapan rumah dan sebagainya.

Kerajaan faham bahawa di musim perayaan ini, perbelanjaan seisi keluarga akan bertambah.

Bagi membantu meringankan beban, kerajaan telah melaksanakan beberapa insiatif seperti mempercepatkan pemberian BR1M, serta menyampaikan bantuan khas hari raya kepada penjawat awam, pesara kerajaan, pekebun kecil, peneroka dan selainnya.

Walaupun begitu, usaha meringankan beban ini tidak terletak di bahu kerajaan semata-mata. Para peniaga dan orang ramai juga perlu memainkan peranan masing-masing.

Kedai-kedai dan peniaga, selain menawarkan jualan murah, perlu memastikan agar barangan dijual pada harga yang berpatutan dan mengikut ketetapan, terutamanya barangan runcit dan makanan yang di bawah senarai harga kawalan.

Kepada orang ramai, dalam kita mahukan suasana perayaan yang meriah, saya harap berbelanjalah dengan berhemah. Yang lebih penting dan bermakna dalam menyambut Aidilfitri bukanlah kelengkapan dan pakaian baru, tetapi ikatan silaturrahim dan kekeluargaan sesama kita.

Semoga Syawal yang akan tiba ini bakal mengeratkan lagi hubungan antara kita semua, Insya-Allah."

Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia

Beban Jangan Hanya Dibahu Kerajaan - Najib Razak Daeng Selili Rating: 5 Monday, 27 June 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!