Thursday, 9 June 2016

Azmin Ali Sedang Bantu DAP Untuk Perintah Selangor?! #PRKsgBesar #SCS93 #PRKSungaiBesar

Keretakan dan kesefahaman antara PKR dengan PAS semakin meruncing bilamana PAS berkeras meletakkan calon untuk merebut kerusi di Pilihan Raya Kecil Sungai Besar #PRKSgBesar sedangkan Azmin Ali selaku Menteri Besar merangkap Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu calon dari Parti Amanah Raykat (PAN) sahaja bertanding disana.

PAS Dakwa undi PAN bermakna undi DAP

Senario ini membuatkan ramai pihak keliru mengenai suara wakil dari parti PAS didalam pakatan mereka di Selangor yang mana hari ini PKR bagai menatang minyak yang penuh terhadap parti PAN, langsung secara logiknya ini membuatkan Jentera PKR bakal membekukan akses kepada PAS untuk mengunakan semua kemudahan dan saluran untuk berkempen di negeri jajahan bersama PKR itu. Perkara ini turut meresahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Damansara, Halimaton Saadiah Bohan berkata, tindakan Azmin yang dilihat menyebelahi PAN untuk PRK ini akan menjadikan ramai pihak keliru.

“Dan pada hari penamaan calon di PRK Sungai Besar baru-baru ini, Azmin dilihat turut bersama turun dan duduk semeja bersama Presiden PAN, Mat Sabu di mana kita lihat situasi itu menggambarkan seolah-olah Azmin memihak kepada PAN dalam PRK di Sungai Besar ini “, katanya.

Terdahulu Azmin Ali member amaran keras kepada PAS yang membawa kepada ugutan mahu exco PAS melepaskan jawatan mereka didalam kerajaan negeri Selangor sedangkan negeri itu dipecah perintah dikalang mereka sendiri. Azmin Ali dilihat semakin terdesak melayani kerenah PAN yang mahu merebut lebih kerusi dan PAS mahu mengukuhkan kedudukannya didalam negeri Selangor.

Sekiranya PAS tewas di PRK kali ini, ia bakal memberikan alasan yang kukuh untuk Azmin memilih ahli exco yang baru dari kalangan wakil PAN dan sekiranya PAS menang, pucuk pimpinan PKR boleh melupakan hasrat mahu menyingkirkan PAS dari tampuk pemerintahan pakatan di negeri Selangor.

Dalam pada itu PAS perlu berfikirkan lebih bijak lantaran keintiman PKR bersama parti bayangan DAP iaitu PAN yang dilihat kini sedang memperluaskan pengaruhnya dalam masa yang sama ia mendapat restu dari Parti DAP.

DAP bakal menerajui Selangor dengan adanya PAN dan PKR yang kedua duanya ibarat “lembu ditarik hidung” kerana keduanya mendambakan sokongan DAP sekiranya PAS menarik diri.


Maka tidak perlu hairan suatu hari nanti Azmin Ali akan mengetuai "segombolan lembu" DAP tidak lama lagi di negeri Selangor sepertimana strategi DAP terhadap bekas Menteri Besar Perak, Nizar Jamaluddin.
Azmin Ali Sedang Bantu DAP Untuk Perintah Selangor?! #PRKsgBesar #SCS93 #PRKSungaiBesar Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 9 June 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!